Buat 1 Dapat Minima 10

Al-An’am [160] Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.” (Riwayat Bukhari).

Syarat untuk mendapat pahala ini mestilah mempunyai IMAN dan ISLAM. Syarat untuk mendapat ganjaran ini ialah amalan itu mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah dan dilakukan oleh orang yang mempunyai akidah yang betul. Dengan kata lain hati mestilah mantap rukun imannya dan amalan mestilah dilakukan mengikut syariat dan sunnah. 

Sesuatu amalan itu juga diberi pahala mengikut apa yang diniatkan. Hadith yang selalu kita dengar iaitu “INNAMAL ‘amalu bin-niati” Berkata Saidina Umar Bin Al Khattab r.a.

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Hanya sesungguhnya segala ‘Amalan itu dengan Niat,

Walaupun kita hanya melakukan 1 amalan tetapi Allah swt membayar 10. Mana datangnya 9 lagi? Tentulah daripada Allah swt. Oleh itu berlumba-lumbalah kita mengumpul harta akhirat ini kerana kita tidak tahu apa yang disediakan oleh Allah swt untuk kita di akhirat nanti. 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Daripada Nabi saw., Baginda bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: