Nabi Ibrahim Khalilullah, Sahabat Rapat Allah

An-Nisa [125] Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya

Nabi Ibrahim berjaya melepasinya semua ujian Allah swt ke atasnya. Hasil daripada perjuangannya Baginda diberi pangkat Khalilullah (sahabat rapat Allah), yang rendah sedikit dari Habibullah (kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w).

Nabi Ibrahim Alais Sallam pernah ditanya: “Wahai Ibrahim, apa sebabnya Allah menjadikanmu orang kesayangan-Nya?” Nabi Ibrahim menjawab: “Kerana tiga perkara, iaitu:

  • Aku selalu mengutamakan perintah Allah di atas perintah selain Allah;
  • Aku tidak pernah makan lebih dari sekali sehari;
  • Aku tidak suka makan berseorangan, baik pada siang hari mahupun malam, kecuali bersama tetamu.”

Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa Ibrahim AS, pernah berjalan satu atau dua batu untuk mencari orang menemaninya makan. Lalu Baginda menemui seorang lelaki tua dan menjemputnya ke rumah untuk makan bersama-sama. Semasa makan, Baginda tidak mendengar lelaki itu menyebut nama Allah lalu bertanya, “Apakah agama kamu ?” Jawab orang tua tersebut, “Majusi”. Maka segera dihalau olehnya dan tidak diberi makan. Perbuatan Nabi Allah ini segera ditegur oleh Allah SWT melalu malaikat Jibril yang memberitahu Nabi Ibrahim bahawa selama 70 tahun Allah swt memberi rezeki pada orang tua itu walaupun dia kufur tapi engkau wahai Nabi  telah menghalau dia dari makan bersama mu.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: