Doa Nabi Ibrahim

Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Baqarah:129)

Setelah selesai membina semula Baitullah, inilah doa yang dilafazkan oleh Nabi Ibrahim Khalilullah. Baginda berdoa agar diutuskan seorang rasul dari bangsa Arab untuk mengajar Al-Quran, hukum yang terkandung di dalamnya dan cara untuk membersihkan hati. Tentang hati, Rasulullah s.a.w bersabda

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)“

Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Salah satu cara untuk membersihkan hati ialah melalui zikir dan tarbiyah melalui ilmu tarekat. Ilmu tarekat turut diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabatnya seperti Abu Bakar r.a. dan Ali k.r.m.w.j. Amalan zikrullah adalah jalan untuk cepat sampai kepada Allah swt. Apabila Saidina ‘Ali bin Abi Talib memohon kepada Nabi Muhammad saw supaya baginda mengajarkan amalan khusus yang cepat sampai kepada Allah swt, maka Nabi Muhammad saw menjawab dengan sabdanya yang bermaksud “ Wajiblah ke atas kamu sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi”.

Tarekat yang mempunyai salasilah daripada Sayyidina Ali adalah tarekat Chistiyah. Salasilah tarekat Chistiyah adalah daripada Sheikh Mu`inud-Din Chisti daripada Fudail bin Iyad daripada Hasan Basri (Rahmatullahi alaih) daripada Sayyidina Ali dan daripada Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wa Sallam). Antara zikir yang diamalkan oleh tarekat chisti ialah “La ilaha illallah” dan “Allahu”. Ilmu tarekat mempunyai kelebihannya seperti ia boleh menghidupkan hati agar mencintai Allah.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: