Teras dan Kemuncak Agama Islam

Dari Muaz bin Jabal r.a, ” Kemudian Nabi bersabda lagi “Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? ” Aku menjawab ” Mahu, ya Rasulullah ” Sabda baginda ” Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. ” Kemudian Nabi bersabda lagi ” Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua perkara ini ? ”Aku menjawab ” Mahu, Ya Rasulullah” Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : ” Awas, jaga ini baik-baik. ” Aku bertanya : ” Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? Baginda lalu menjawab ”Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. ”

Dalam hadith ini dijelaskan tentang 4 perkara:

1) Pokok atau ibu atau kepala kepada segala urusan ialah Islam. Tanpa keislaman, amalan tidak diberi pahala malah tidak ditimbang untuk diberi ganjaran di hari akhirat nanti. Amalan yang dilakukan oleh golongan kafir adalah umpama debu yang berterbangan.

Furqan [23] Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan

2) Sembahyang adalah merupakan hubungan seorang muslim dengan tuhannya. Setelah memeluk Islam, perlulah mencukupkan bilangan sembahyang 5 waktu sehari semalam. Jika kurang qadho atau gantilah kerana ia amalan yang pertama dikira di hari akhirat nanti.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia

3) Jihad adalah kemuncak agama Islam. Seorang muslim wajib mempertahankan agama Islam, mendaulatkan hukum Allah dan mempertahankan negeri atau negara Islam semata-mata kerana Allah dan bukannya kerana semangat kebangsaan atau kenegerian.

4) Jagalah lidah kerana ia melibatkan hubungan kemasyarakatan. Banyak dosa yang dilakukan oleh lidah seperti berbohong, memfitnah, menipu, bersumpah palsu.

Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah saw bersabda ”Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjadi apa yang berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya” (Bukhari: 314 dan Tarmizi:2408)

Advertisements

2 Respons to “Teras dan Kemuncak Agama Islam”

  1. Isteri confused Says:

    Assalamualikum Ustaz,
    Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi dapat memadamkan murka Tuhan……..
    Bagaimana dengan sang suami yang berpendapatan kecil dan melepaskan semua tanggung jawab pada isteri yang bergaji besar. Kemudian, gaji yang sedikit itu disedekahkan secara tersembunyi. Apakah perbuatan suami itu betul sedangkan dia berkewajiban untuk menyara keluarganya, walaupun isterinya itu ikhlas menyara keluarga tetapi ada masanya si isteri berkecil hati kerana apabila ada rezeki yang sedikit, si suami bersedekah semuanya dengan alasan isterinya sudah mampu dan tak perlu gajinya yang sedikit itu.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Bawalah berbincang…
      Suami perlu keluar bekerja untuk mencari nafkah dan menyediakan tempat tinggal dan keperluan asas.

      Sedekah juga perlu berpada-pada…
      Furqan [67] : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: