Membantu Sesama Islam

Daripada Salam, daripada bapanya r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Orang Islam ialah saudara orang Islam yang lain, janganlah dia menganiayai dan jangan pula dia membiarkannya dianiayai oleh pihak musuh. Sesiapa yang menolong saudaranya mencapai apa yang diperlukan, Allah pula akan menolongnya mencapai hajatnya. Dan sesiapa yang melegakan sesuatu kesusahan yang dihadapi oleh seseorang Muslim, nescaya Allah akan melegakan sesuatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan (yang ada) pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat (Riwayat Muslim).Orang Islam ialah saudara orang Islam yang lain

Hujurat [10] : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara…

Membantu Sesama Islam

Seorang sahabat nabi telah keluar daripada iktikafnya di masjid dalam bulan Ramadhan demi untuk membantu saudaranya yang dalam kesusahan. Beliau telah membacakan hadith di atas apabila ditanya kenapa dia keluar dari iktikafnya.

Kesusahan Hari Kiamat

Hari Kiamat adalah hari yang penuh dengan kesusahan, terutamanya dalam urusan hisab:

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa”.Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.” (Muslim)

Mengaibkan iaitu menceritakan keburukan seseorang samada ianya betul atau tidak adalah berdosa. Di Padang Mahsyar nanti Allah akan mengaibkan orang yang mengaibkan orang lain sehingga mereka merasa malu dan sanggup terjun ke dalam api neraka.

2 Respons to “Membantu Sesama Islam”

  1. azwa Says:

    salam.
    saya ingin meminta bimbingan. bagaimana sekiranya seorang sahabat suka meminta pertolongan dari bomoh yang kebiasaannya ‘bekerjasama’ dgn jin sedangkan dia sering berkata dan mengaku sayangkan Allah.bagaimana ingin menasihatnya.

    • sulaiman Says:

      Salam,
      Nasihatinya bahawa perbuatan itu mungkin membawa kepada syirik jika terdetik di hatinya jin itu yang berkuasa.
      Selain itu berdoalah agar dia diberi hidayah kerana doa seorang sahabat tanpa pengetahuannya sangat makbul.

      Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

      Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

      Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: