Agama Nabi Ibrahim

… Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. (Baqarah:135)

“Ibrahima Hanifa Musliman”

Ali-Imran [67] Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Semenjak dari kecil Nabi Ibrahim telah diuji keimanan dan ketauhidannya. Bapanya seorang tukang pembuat berhala yang memakan hasil jualan berhala. Baginda disuruh menjual berhala oleh ayahnya. Baginda menjual berhala sambil mengatakan “siapa yang nak beli benda tak berfaedah ni” lalu direndam dan dicelupnya berhala itu ke dalam air dan meminta berhala itu menunjukkan kekuasannya melepaskan diri. Bapanya telah menghalau baginda dari rumah kerana membenci berhala. Baginda sanggup dihalau demi mempertahankan dirinya dari syirik kepada Allah swt.

Dan (ingatlah) ketika Nabi ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.(Al-Anaam:74)

Maryam [46] (Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa.

Lalu Nabi Ibrahim meninggalkan bapanya:

  Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah;( A z-Zukhruf:26)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: