Menolong Saudara Yang Menzalimi

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tolonglah saudaramu, samaada dia dalam keadaan dizalimi atau menzalimi, lalu ada yang bertanya “Bagaimana aku boleh menolongnya bila dia melakukan kezaliman? Rasulullah s.a.w. menjawab “Engkau boleh mencegahnya dan menyedarkankannya supaya jangan menzalimi, demikianlah cara menolongnya (Riwayat Bukhari)Sebagai contoh, jika kita mendengar saudara kita mengumpat, maka laranglah dia dari meneruskannya. Ini kerana perbuatannya itu akan merugikannya di hari kiamat nanti dan segala pahalanya akan tergadai jika dia tidak meminta maaf dari orang yang diumpatnya itu.

Jikalau telah terlanjur melakukan penganiayaan atau kezaliman, selesaikan dahulu semasa di dunia ini agar tidak muflis di akhirat sana.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: