Tahajjud Rasulullah 8 Rakaat, Tarawih Sayyidina Umar 20 Rakaat

Abu Salamah bin Abdul Rahman memberitahu bahawa beliau bertanya Siti Aisyah r.a tentang sembahyang (malam) Rasulullah s.a.w di dalam bulan Ramadhan, maka jawab beliau, “Tidak pernah Rasulullah s.a.w. melebihi (sembahyangnya) dalam bulan Ramadhan, atau selainnya, dari sebelas (11) rakaat, beliau bersembahyang empat (4) rakaat, tidak perlu tanyalah bagaimana cantiknya dan panjangnya, kemudian beliau sembahyang pula empat (4) rakaat, tidak perlu tanyalah, bagaimana cantiknya dan panjangnya. Kemudian beliau sembahyang tiga (3) rakaat (witir), bertanya Siti Aisyah r.a adakah Rasulullah s.a.w tidur sebelum sembahyang witir? Maka jawab (sabda)nya, wahai Aisyah r.a sungguhnya kedua mata saya tidur, tetapi hati saya tidak tidur.” Baca baki entri ini »

Tingginya Kedudukan Puasa Ramadhan di Sisi Allah SWT

Dari Abu Hurairah r.h., Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya. Hadith ini juga boleh dibaca secara majhul dengan tafsirannya “Akulah (Allah) balasannya”, ini bermakna Allah telah menjanjikan bahawa Dialah (Allah) menjadi balasan bagi orang yang berjaya dalam puasanya.  Allah adalah tuan syurga, apabila tuan syurga sudah diperolehi oleh seseorang, maka secara automatiknya ia mendapat syurga. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Berpuasa Untuk Menundukkan Nafsu

Rasulullah bersabda, bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat).” – (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah). Baca baki entri ini »

Bahan Bukti Dan Saksi Di Hari Kiamat

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya). (Ali-Imran:161) Baca baki entri ini »

Membersihkan Kekotoran Zahir dan Batin

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! (Muddaththir:3) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (Muddaththir:4). Baca baki entri ini »

Allah Mengasihi Mereka Yang Bertaubat

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Baqarah: 222) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Mereka Tidak Berhak Membantah

Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu (wahai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya. (Baqarah:139). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »