Mereka Tidak Berhak Membantah

Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu (wahai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya. (Baqarah:139).

Yahudi dan Nasrani tidak mempunyai hak untuk membantah keputusan Allah. Mereka juga menyembah Allah, namun konsep ketuhanan mereka berbeza kerana mereka menganggap tuhan mempunyai anak. Mereka juga telah menukar agama asal iaitu Islam yang dibawa oleh nabi terdahulu iaitu Nabi Musa dan Nabi Isa.

Dalam surat yang diutus kepada Raja Rom, Rasulullah s.a.w. mengiktiraf keimanan Raja Rom kepada para nabi terdahulu. Baginda selanjutnya meminta Raja Rom memeluk Islam agar tidak berdosa kepada para rakyatnya.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Dari Muhammad utusan Allah ditujukan kepada Hiraqal pembesar Empayar Rom. Salam sejahtera buat mereka yang sentiasa mengikuti kebenaran. Sesungguhnya aku menyerumu untuk memeluk Islam. Masuklah Islam semoga kamu akan tenteram. Masuklah Islam nescaya Allah akan menganugerahkan kepadamu dua pahala sekaligus. Jika kamu menolak dari ajakan yang mulia ini, maka kamu akan menanggung dosa yang teramat besar.

Agama Islam adalah milik Allah Subhanahuwata’ala, oleh itu hanyalah agama Islam yang boleh diberikan oleh Allah Subhanahuwata’ala kepada manusia. Selain daripada agama Islam bukanlah milik Allah Subhanahuwata’ala

Ali-Imran [19] Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam

Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah membatalkan syariat nabi terdahulu. Berbanding nabi-nabi terdahulu, Nabi Muhammad s.a.w. telah melihat sendiri tanda-tanda kebesaran Allah swt.

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (Najm:13) Di sisi “Sidratul-Muntaha”; (Najm:14) Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”. (Najm:15)

(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. (Najm:16)

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas. (Najm:17)

Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (Najm:18)

Baginda Mulia juga diperlihatkan tanda kekuasaan Allah semasa peristiwa Mikraj dan menerima ibadat Sembahyang di langit.

Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Mereka Tidak Berhak Membantah”

  1. Yusri Yadi Mustaming Says:

    Benarlh apa yg d Firmankan oleh ALLAH.Melangkaui batas pemikiran manusia


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: