Membersihkan Kekotoran Zahir dan Batin

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! (Muddaththir:3) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (Muddaththir:4).

Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. (Riwayat Abu Malik Al-Ashaari).

Semua ibadat memerlukan kebersihan samada kebersihan zahir atau kebersihan batin (hati).

Ibadat sembahyang perlu kebersihan diri, pakaian dan tempat sembahyang. Dalam semua mazhab, najis yang sangat sedikit sekadar duit 1sen dimaafkan dan boleh bersembahyang. Dalam mazhab Hanafi, sekiranya najis itu tidak melebihi satu perempat pakaian, seseorang itu masih boleh bersembahyang. Dalam mazhab Maliki pula, jikalau kotor seluruh pakaian pun masih boleh bersembahyang, syaratnya hendaklah seseorang itu menunggu untuk mendapatkan kain yang bersih, setelah didapati tiada kain bersih, bolehlah dia sembahyang mengikut kemampuannya (pakaiannya). Mazhab Syafie lebih berhati-hati dalam masalah ini, sedikitpun najis tidak dibenarkan kecuali terlalu sedikit.

Ibadat seperti puasa pula hanya memerlukan kebersihan batin iaitu akidah, (puasa pakai pun kain kotor masih sah).

Akidah pula perlu suci dari syirik dan kufur kerana kekafiran itu adalah satu najis, di dalam hati.

At-Taubah [28] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Wuduk adalah satu dari cara membersihkan diri. Rasulullah s.a.w. bersabda “Yang dapat memelihara wudhu’ hanyalah mukmin (orang yang beriman)”. (HR Ahmad dan Ibnu Majah).

Hanya mukmin (orang Islam yang berkedudukan tinggi dan patuh kepada Allah s.w.t) dapat istiqamah dalam memelihara wudhu’nya. Mereka ini akan mengulangi wudhu’ sekiranya terbatal dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Mengekalkan keadaan sentiasa berwuduk bukanlah satu perkara yang senang, ianya amat sukar dan memerlukan mujahadah (pengorbanan) yang berat, dan hanya orang Islam yang bertaraf mukmin sahaja yang dapat melakukannya. Orang yang sentiasa berwuduk bererti beliau berada di dalam keadaan bersih dan suci.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: