Bahan Bukti Dan Saksi Di Hari Kiamat

Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya). (Ali-Imran:161)

Sepertimana perbicaraan di dunia, ia memerlukan bukti dan saksi. Di hari ini bumi, malaikat, anggota badan semuanya menjadi saksi.

Zalzalah [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

Dari Abu Hurairah ra., katanya, Rasulullah s.a.w., membaca (firman Allah Taala, ertinya: “Pada hari qiamat – itu bumi menerangkan berita-beritanya”); Kemudian Baginda s.a.w., bertanya: “Tahukah kamu apa dia berita perihal bumi itu?” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Allah dan RasulNya sahajalah yang mengetahui”; Nabi s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya berita-beritanya bahawa ia memberi keterangan terhadap tiap-tiap seorang, lelaki atau perempuan, berkenaan apa yang masing-masing lakukan semasa mereka hidup di atasnya, iaitu ia berkata: “Si anu melakukan ini dan ini, pada masa anu-anu.” Baginda s.a.w., selanjutnya bersabda: “Inilah dia berita-beritanya.” (Riwayat Tirmizi)

An-Nur [24] Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan

Fussilat [21] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Isra:36)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: