Tahajjud Rasulullah 8 Rakaat, Tarawih Sayyidina Umar 20 Rakaat

Abu Salamah bin Abdul Rahman memberitahu bahawa beliau bertanya Siti Aisyah r.a tentang sembahyang (malam) Rasulullah s.a.w di dalam bulan Ramadhan, maka jawab beliau, “Tidak pernah Rasulullah s.a.w. melebihi (sembahyangnya) dalam bulan Ramadhan, atau selainnya, dari sebelas (11) rakaat, beliau bersembahyang empat (4) rakaat, tidak perlu tanyalah bagaimana cantiknya dan panjangnya, kemudian beliau sembahyang pula empat (4) rakaat, tidak perlu tanyalah, bagaimana cantiknya dan panjangnya. Kemudian beliau sembahyang tiga (3) rakaat (witir), bertanya Siti Aisyah r.a adakah Rasulullah s.a.w tidur sebelum sembahyang witir? Maka jawab (sabda)nya, wahai Aisyah r.a sungguhnya kedua mata saya tidur, tetapi hati saya tidak tidur.”

Dalam hadith disebut sembahyang malam dan bukannya sembahyang Tarawih. Rasulullah saw telah mengawalkan sembahyang malam Baginda (tahajjud) sebanyak 8 rakaat bagi memenuhi malam pada bulan Ramadhan. Pada malam-malam Ramadhan, Rasulullah s.a.w. sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat selepas Isyak hinggalah hampir waktu Subuh, barulah Baginda berhenti untuk bersahur.

Sayyidina Umar pula setelah menjadi khalifah yang ketiga bimbang rakyatnya ketika itu tidak mampu melakukan sembahyang malam yang lama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., maka dilakukan Sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat (yang lebih pendek masanya) bagi memenuhi malam-malam Ramadhan. Sayyidina Umar telah mengamalkan solat tarawih 20 rakaat dan memulakan solat ini secara berjemaah dengan melantik seorang lagi sahabat Ubai bin Ka’ab yang merupakan mufti Madinah ketika itu sebagai imam.

Tarawih adalah perkataan dalam bentuk “jamak” atau “plural” yang bermaksud “rehat-rehat” Tarawih 20 rakaat bermakna 5 kali rehat kerana setiap 4 rakaat para sahabat akan berhenti rehat.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]

Baginda juga menyuruh kita berpegang dengan sunnah khalifah (perkara yang diamalkan oleh para sahabat).Kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sunnah itu daripada Rasulullah s.a.w manakala Jamaah itu ialah para sahabat Baginda. Misalnya sembahyang terawih 20 rakaat adalah sunnah khalifah, kerana ia diamalkan oleh Sayyidina Umar. 

Sembahyang Tarawih yang telah dipilih dan diamalkan oleh jumhur ulama’ dari kalangan mazhab Syafi’i, Hanafi dan Hanbali ialah dua puluh rakaat berdasarkan amalan sahabat-sahabat Nabi dalam zaman Saiyidina Umar r.a. Dari Al-Sa’ib bin Yazid r.a, katanya: “Mereka (sahabat-sahabat Nabi) biasanya mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan – pada zaman Saiyidina Umar bin al-Khattab, sebanyak dua puluh rakaat.

2 Respons to “Tahajjud Rasulullah 8 Rakaat, Tarawih Sayyidina Umar 20 Rakaat”

  1. kampong lad Says:

    Sayyidina Umar pula setelah menjadi khalifah yang ketiga – kedua kot?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: