Tingginya Kedudukan Puasa Ramadhan di Sisi Allah SWT

Dari Abu Hurairah r.h., Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya. Hadith ini juga boleh dibaca secara majhul dengan tafsirannya “Akulah (Allah) balasannya”, ini bermakna Allah telah menjanjikan bahawa Dialah (Allah) menjadi balasan bagi orang yang berjaya dalam puasanya.  Allah adalah tuan syurga, apabila tuan syurga sudah diperolehi oleh seseorang, maka secara automatiknya ia mendapat syurga.

Puasa Yang Dikehendakki

Puasa yang dikehendakki oleh Allah swt ialah bukan sahaja puasa tidak makan, tidak minum dan tidak melakukan hubungan seks tetapi melawan segala keinginan nafsu samada yang melibatkan semua anggota badan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

Berpuasa Mencapai Status Malaikat

Setelah Allah SWT menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi, para malaikat di langit berkata ” Wahai Tuhan, mengapa engkau jadikan anak-anak Adam itu sebagai makhluk pilihan-Mu di bumi, sedangkan mereka sering menderhakaiMu”. Allah SWT berfirman, “Kalaulah Aku turunkan kamu ke dunia dan Aku cipta kamu sama seperti manusia yang mempunyai nafsu, nescaya kamu juga akan melakukan sebagaimana yang manusia lakukan“.

Puasa yang cemerlang mampu menjadikan seseorang yang berpuasa mencapai makam (status) setaraf para Malaikat. Apabila seseorang itu berpuasa dia tidak makan, tidak minum dan tidak melakukan percampuran pada waktu siang hari. Tidak makan, tidak minum dan tidak mempunyai isteri juga adalah sifat para Malaikat.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Sesiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparannya”

Satu Ibadah Tersembunyi

Puasa adalah merupakan satu ibadah yang tersembunyi dan tiada pengecaman, sehinggakan seseorang itu boleh berpura-pura berpuasa ketika berada di hadapan orang, atau boleh juga tidak  berpuasa ketika bersendirian, tiada siapa yang boleh mengecamnya.

Bagi ibadat lain ada pengecamannya, seseorang yang sedang rukuk atau sujud boleh dicam, sehinggakan dikatakan bersembahyanglah dia. Seseorang yang memakai ihram pula, maka dikatakan dia sedang melakukan ibadat haji atau umrah. Sebaliknya seseorang yang berpuasa, tidak dapat dicam samada dia berpuasa atau tidak, kerana seseorang itu boleh makan di rumahnya kemudian membersihkan mulutnya, selepas itu apabila berada diluar rumah maka berpura-puralah letih dan kelihatan moyok di hadapan orang lain.  Maka didalam keadaan puasa yang boleh berpura-pura seperti itu pun, orang beriman tetap melakukan ibadat puasanya, maka itulah dikatakan ibadat puasa itu untuk Allah.

Pahala Puasa Dinilai Sendiri Oleh Allah

Puasa bulan Ramadhan adalah satu-satunya ibadat yang dinilai sendiri pahalanya oleh Allah,  tidak diserahkan kepada malaikat. Malaikat hanya mencatit orang  yang  melakukan puasa sahaja, tetapi tidak menilai pahala puasa  seseorang itu. Allah swt lah sahaja yang mengetahui akan nilai dan mutu pahala puasa dan nilai ketakwaan puasa seseorang itu. Bagi ibadat-ibadat yang lain, malaikat mengetahui dan seterusnya mencatitkan nilai pahalanya.  Semua pahala atau ganjaran amalan ibadat selain puasa diberi oleh Allah melalui sesuatu, tetapi pahala puasa diberi secara “direct” oleh Allah swt.

Status Pemberi Balasan Ibadah Puasa

Apabila Allah sendiri yang membalasnya, maka tentulah tersangat-sangat besar nilai pahala puasa yang berkualiti itu. Ini menunjukkan status Allah sebagai pemberi ganjaran. Seorang yang tinggi statusnya sudah pasti akan mampu memberi lebih banyak berbanding pemberian oleh orang yang dibawahnya. Misalnya seorang wakil rakyat mampu memberi lebih berbanding seorang imam. Apatalah lagi, bila Allah yang memberi, sudah pasti banyak pemberiannya.

Puasa Sebagai Perisai

“Puasa itu adalah perisai yang dapat melindungi diri seorang hamba dari api neraka” (Riwayat Ahmad).

Puasa yang baik juga dapat menghalang manusia daripada memasuki neraka. Apabila berada di Padang mahsyar, setiap amalan akan ditimbang dan ada yang akan muflis di sana kerana amalannya dituntut disebabkan hutang yang belum dibayar. Ada yang muflis kerana pahalanya tidak mencukupi untuk membayarnya lalu terpaksa menanggung dosa orang yang menuntutnya. Maka di sinilah pahala puasa menjadi perisai kerana Allah s.w.t. sendiri yang membalas pahala puasa yang berkualiti dan timbangan pahala puasa yang berkualiti akan diberatkan. Pahala puasa yang bermutu itu amat besar nilainya dan hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu nilainya. Malaikat hanya merekodkan samada puasa dilakukan atau tidak dan mereka tidak mengetahui nilai pahala puasa yang dilakukan itu.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Tingginya Kedudukan Puasa Ramadhan di Sisi Allah SWT”

  1. nia Says:

    Assalamualaikum ustaz,
    adakah puasa ganti sama kedudukannya seperti puasa Ramadhan?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: