Pertukaran Kiblat Satu Ujian

….(Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (mensia-siakan) iman (pahala amalan sembahyang) kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Baqarah:143)

Sebahagian kaum Muslimin berkata: “Kami ingin mengetahui mengenai orang yang telah meninggal dunia sebelum pemindahan kiblat (dari Baitulmaqdis ke Kaabah). Bagaimana juga dengan ibadah solat kami sebelum ini ketika kami masih menghadap Baitulmaqdis. Maka turunlah ayat 143 surah al-Baqarah yang menegaskan bahawa Allah tidak akan mensia-siakan iman mereka yang beribadah menurut ketentuan ketika itu.

Advertisements

Umat Pertengahan, Kesederhanaan dan Kesaksian

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan (saksi) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan (saksi) kebenaran perbuatan kamu…..(Baqarah:143). Baca baki entri ini »

Hidayah Untuk Kembali Ke Syurga

Hidayah itu milik Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberikan hidayah untuk kita kembali ke syurga. Ahli syurga bersyukur mereka diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. Kita tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang kita kasihi, sebaliknya hanya disuruh berdoa dan berdakwah sahaja.
Baca baki entri ini »

Malam Yang Sangat Istimewa

Malam Lailatul Qadar adalah Malam Penetapan Kadar Takdir, Malam Diturunkan Al-Quran Secara Sekaligus Ke Langit Dunia, Malam Pengampunan, Malam Kenaikan Pangkat, Malam Yang Tenang dan Malam Ganjil 10 Akhir Ramadhan.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Allah Yang Tetap Hidup

Baqarah [255] Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup.

Ali-Imran [2]Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. 

Taha [111] Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang tetap hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya;

Ghafir [65] Dialah Yang Tetap hidup;,tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Baca baki entri ini »

Bacaan Surah Solat Sunat Subuh

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah (s.a.w) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul yaa aiyuhal kaafirun’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat]. 

Surah Al-Kafirun adalah menafikan segala bentuk kesyirikan atau ketuhanan selain Allah SWT, manakala Surah Al-Ikhlas pula mengEsakan Allah swt sepertimana yang terkandung dalam  kalimah Syahadah “Laa ilaha Illallah”, Tiada Tuhan Melainkan Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (Al-Kafirun:1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (Al-Kafirun:2). 

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (Al-Ikhlas:1)  Baca baki entri ini »

Sembahyang dan Puasa Yang Berkualiti Sebagai Benteng

Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

“Puasa adalah perisai (yang melindungi pelakunya dari keburukan).” (Riwayat at-Tirmidzi). “Puasa itu adalah perisai yang dapat melindungi diri seorang hamba dari api neraka” (Riwayat Imam Ahmad) Baca baki entri ini »