Allah SWT Tidak Berhajat Kepada Makhluk

Sifat ketuhanan yang besar ialah Allah tidak berhajat (perlu) kepada apa-apa sedangkan makhluk itu sentiasa berhajat kepada tuhannya.  

Al-Ihklas [1] Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Al-Ihklas [2]Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.  

Allah tidak perlu kepada tempat atau alat untuk bercakap, melihat dan mendengar. Allah s.w.t sendiri tidak makan, tidak minum dan tidak berhajat kepada isteri.

An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. 

Manusia pula sentiasa berhajat kepada Allah dalam segala hal. Manusia tidak mampu mencipta apa yang diperlukan seperti nyawanya, makanannya (beras atau gandum walaupun sebiji).

Al-Fatir [15] (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Allah menjadikan makhluk kerana ia ingin dikenali. Allah sengaja menciptakan alam ini. Tidak ada yang memaksaNYA kerana Allah adalah raja yang bebas. Di dalam sebuah hadits qudsi, Allah berfirman:

Aku adalah khazanah tersembunyi dan aku ingin diketahui. Kerana itu lalu aku menciptakan makhluk agar aku diketahui.

Ada yang mengatakan bahawa makhluk yang pertama dicipta ialah nur nabi kita, ada yang mengatakan makhluk yang pertama dicipta ialah air, ada yang mengatakan cahaya adalah makhluk pertama dan ada juga yang mengatakan akal ialah makhluk pertama.

2 Respons to “Allah SWT Tidak Berhajat Kepada Makhluk”

  1. Tanpa Nama Says:

    rujukla pada al-quran,jawapan nye ialah nur muhammad ialah makhluk ciptaan Allah S.W.T


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: