Bacaan Surah Solat Sunat Subuh

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah (s.a.w) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul yaa aiyuhal kaafirun’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat]. 

Surah Al-Kafirun adalah menafikan segala bentuk kesyirikan atau ketuhanan selain Allah SWT, manakala Surah Al-Ikhlas pula mengEsakan Allah swt sepertimana yang terkandung dalam  kalimah Syahadah “Laa ilaha Illallah”, Tiada Tuhan Melainkan Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (Al-Kafirun:1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (Al-Kafirun:2). 

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (Al-Ikhlas:1) 

Dalam beberapa buah Hadith yang lain daripada Hadith, Siti Aisyah r.a. tersebut, yang menerangkan, bahawa Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang sunat subuh secara ringkas sahaja.

(1)   Daripada Abdullah bin Abbas r.a., yang telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersembahyang secara ringkas atau ringan 2 rakaat (sunat subuh) 

(2)   Bagi Abdullah bin Abbas r.a juga, Rasulullah s.a.w membaca dalam dua rakaat (sunat) subuh dengan, Qulu Amanna Billahi wama Unzila ilaina … dan Qul Ta’alau ‘ala Kalimatin sawa-in. Dan dalam kitab Muslim pula, ayat suci, wafil Akhirati Amanna Billahi Wasyhad biannana muslimun.

Qul Ta’alau ‘ala Kalimatin Sawa-in.

Ali-Imran [64] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.

Qulu Amanna Billahi wama Unzila ilaina

Ali-Imran [84] Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam). 

(3)   Dari Siti Hafshah r.a. yang dikeluarkan oleh jamaah (ramai) kecuali Abu Daud. Dalam Hadith tersebut disebutkan, Rasulullah s.a.w. buat dua rukuk yang ringan (dua rakaat yang ringan). 

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah, ibu kepada orang beriman, menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulullah (s.a.w) ada dia ketika diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, solat dia (Nabi) dua rakaat solat sunat yang ringkas (atau diringkaskan) sebelum bahawa didirikan solat Subuh)

(4)   Daripada Al Fadhil bin Abbas r.a katanya, maka ia (Rasulullah s.a.w) sembahyang dua sujud yang ringan (dua rakaat, atau sujud sekejap sahaja)

(5)   Daripada Usamah bin Umar r.a dengan lafaz, maka ia (Rasulullah s.a.w) sembahyang dua rakaat yang ringan.

(6)   Daripada Siti Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w memuji dua surah, Qulya … dan Qulhuallah Ahad dan menunjukkan kedua-dua surah tersebut dibaca di dalam sunat subuh begitu juga daripada Abdullah bin Umar.

2 Respons to “Bacaan Surah Solat Sunat Subuh”

  1. Musykil Says:

    Ustaz,
    Saya selalu sembahyang Isyak dlm pkl 4.30 pagi, diikuti dgn witir. Kemudian berzikir sehinggalah waktu subuh. Tetapi, baru-baru ini saya terbaca suatu artikel mengenai perbatasan solat Isyak. Ia mengatakan, akhir solat Isyak ialah sepertengahan mlm, yaitu lebih kurang pkl 1.30 pagi. Di artikel itu juga ada beberapa hadith yg menguatkan perkara itu. Jadi saya binggung. Haruskah saya meneruskan amalan ini, kerana saya pernah terbaca satu lagi artikel yang mengatakan, sembahyang Isyak, lagi lewat mlm lagi baik. Harap ustaz dpt jelaskan.

    • sulaiman Says:

      Apa yang saya belajar dari Tuan Guru Maulana ialah, Rasulullah s.a.w. suka melakukan solat Isyak dalam sekitar 2 jam setengah selepas Maghrib, misalnya jika Maghrib jam 7, maka Isyak dilakukan pada jam 9.30.

      Tentang witir pula, ia boleh dilakukan selepas Isyak (sebelum tidur) atau selepas tidur dan bertahajjud. Dua-duanya mempunyai dalil.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: