Sembahyang dan Puasa Yang Berkualiti Sebagai Benteng

Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

“Puasa adalah perisai (yang melindungi pelakunya dari keburukan).” (Riwayat at-Tirmidzi). “Puasa itu adalah perisai yang dapat melindungi diri seorang hamba dari api neraka” (Riwayat Imam Ahmad)

Sembahyang yang betul caranya dan hadir hati (ingat Kepada Allah) dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah.

Begitu juga ibadah puasa yang berkualiti. Puasa Ramadhan juga adalah benteng atau perisai yang boleh menghalang manusia dari melakukan keburukan di dunia dan juga perisai yang melindungi manusia dari api neraka di akhirat.

Puasa yang berkualiti, mempunyai nilai dan bermutu, ialah puasa yang dijaga dengan berdisiplin dan di jaga pantang larangnya dengan menjaga mata, telinga, kaki, tangan dan seluruh anggota daripada melakukan perkara yang dilarang.

Bagaimana Puasa Menjadi Perisai Kejahatan?

Puasa Ramadhan adalah benteng atau perisai yang boleh menghalang dan memagari manusia daripada melakukan keburukan di dunia. Secara mudahnya apabila seseorang itu tidak makan dan minum, dia akan keletihan dan tidak berupaya melakukan kejahatan. Namun hanya puasa yang mempunyai “nilai” mampu mengawal manusia daripada melakukan perkara yang tidak baik.

Bagaimana Puasa Menjadi Perisai Neraka?

Puasa yang baik juga dapat menghalang manusia daripada memasuki neraka. Apabila berada di Padang mahsyar, setiap amalan akan ditimbang dan ada yang akan muflis di sana kerana amalannya dituntut disebabkan hutang yang belum dibayar. Ada yang muflis kerana pahalanya tidak mencukupi untuk membayarnya lalu terpaksa menanggung dosa orang yang menuntutnya. Maka di sinilah pahala puasa menjadi perisai kerana Allah s.w.t. sendiri yang membalas pahala puasa yang berkualiti dan timbangan pahala puasa yang berkualiti akan diberatkan. Pahala puasa yang bermutu itu amat besar nilainya dan hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu nilainya. Malaikat hanya merekodkan samada puasa dilakukan atau tidak dan mereka tidak mengetahui nilai pahala puasa yang dilakukan itu.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: