Allah Yang Tetap Hidup

Baqarah [255] Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup.

Ali-Imran [2]Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. 

Taha [111] Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang tetap hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya;

Ghafir [65] Dialah Yang Tetap hidup;,tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata.

Allah itu “Hayyat” iaitu hidup dan hidupnya adalah yang asli iaitu tidak perlu kepada nyawa dan hidupnya berasingan dari makhluk. Hidupnya juga tidak perlu kepada makanan atau minuman. Allah tidak mati kerana hidup itu haknya.

Bukti Allah hidup ialah adanya ciptaan Allah seperti langit, bumi dan segala makhluk.

Hidupnya ialah kehidupan yang asli dan diberikan kehidupan kepada makhluk yang diciptanya. Allah hidup tidak seperti makhluk kerana makhluk memerlukan nyawa untuk hidup. Kita pula hidup dengan bergantung kepada nyawa yang diberikan olehnya dan tiap yang bernyawa akan mati. Allah hidup tanpa perlu kepada nyawa, maka Allah tidak akan mengalami kematian.

Ali-Imran [185] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati …

Hidup (adanya) Allah itu adalah dengan sendiri (Qiyamuhu bi nafsihi) tanpa perlu bergantung kepada sesuatu. Hidup Allah tidak perlu kepada anak, apalagi kepada isteri.

Hidup Allah itu adalah hidup yang “qadim”, tiada sebelum dan tiada yang selepasnya. Bahkan tiada tuhan sebelum Allah atau selepas Allah swt.

Al-Hadid [3] Dialah Yang Awal dan Yang Akhir.

Allah telah wujud (ada) sebelum semua makhluk diciptakan. Tiada siapa yang tahu sejak bila Allah itu ada. Adanya Allah itu lama sebelum apa-apa makhluk diciptakan.

Al-Insan [1] Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: