Hidayah Untuk Kembali Ke Syurga

Hidayah itu milik Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. yang dapat memberikan hidayah untuk kita kembali ke syurga. Ahli syurga bersyukur mereka diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. Kita tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang kita kasihi, sebaliknya hanya disuruh berdoa dan berdakwah sahaja.

Allah s.w.t. juga telah memberi hidayah (petunjuk) untuk kita kembali ke syurga, setelah moyang kita Nabi Adam a.s.  dikeluarkan dari syurga.

Baqarah [38] Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Ahli Syurga Bersyukur Allah S.W.T. Memberikan Mereka Hidayah

….dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah s.w.t. yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran. …. (A’raf:43)

Hendaklah kita bersyukur dengan hidayah dan segala nikmat Allah s.w.t. terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam.

Munafik Tidak Diberikan Hidayah

Sebagai balasan kepada munafik yang mempermainkan Allah, Allah juga mempermainkan mereka dan mereka dibiarkan dalam kesesatan tanpa diberi petunjuk dan hidayah.

Allah s.w.t. (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (Baqarah:15)

Hidayah Milik Allah S.W.T.

Al-Qasas [56] Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

3 Respons to “Hidayah Untuk Kembali Ke Syurga”

  1. Hanzlah Bin Othman Says:

    Salam,

    Bilakah kuliah pengajian kitab Nasbun Nurain akan disambung balik..??
    minta jasa baik tuan untuk memberikan hari, tarikh, dan waktu yang tepat..

    segala jasa baik tuan saya dahulukan dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: