Perintah Pertukaran Kiblat

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.(Baqarah:144).

Dipermulaan Islam, Rasulullah sembahyang serta memandang atau mendongak ke langit kerana memerhatikan malaikat Jibril. Para sahabat juga mengikut perbuatan Baginda, hingga akhiranya dilarang:

Abu Hurariah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendaklah kamu berhenti dari mengangkat pemandangan mata ke langit ketika berdoa dalam sembahyang. Jikalau tidak, nescaya penglihatan kamu akan disambar (dihapuskan)“. (Riwayat Muslim)

Baitul Maqdis merupakan kiblat terdahulu bagi nabi-nabi dikalangan Yahudi seperti Nabi Musa dan Nabi Isa. Manakala Baitullah di Masjidilharam merupakan kiblat nabi Ibrahim dan anak-cucunya.

Nabi Muhammad ingin sekali sembahyang ke arah kiblat datuk Baginda iaitu Nabi Ibrahim. Namun Baginda tidak boleh berbuat demikian sehinggalah datangnya perintah daripada Allah swt.

Kisah perubahan kiblat terjadi pada tahun kedua Hijrah. Rasulullah SAW telah menunaikan solat menghadap ke Baitulmaqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi, baginda ingin menghadap ke arah Kaabah sebagai kiblatnya. Pertukaran kiblat itu berlaku di Masjid Kiblatain pada waktu Zohor semasa Baginda sedang rukuk dalam sembahyang.

Rasulullah pernah bersabda: “Kaabah itu kiblat bagi orang yang di dalam masjid, dan masjid itu bagi orang yang di Tanah Haram (Makkah), dan Haram (Makkah) itu kiblat bagi penduduk bumi dari barat hingga ke timur daripada umatku.” (Hadis riwayat Al-Qurthubi)

Ahli kitab iaitu golongan Yahudi dan Nasrani sememangnya telah mengetahui arah kiblat yang sebenar. Namun kerana ego mereka tidak mahu mengakui kebenaran tersebut walaupun telah diceritakan dalam kitab-kitab mereka.

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan barat adalah kepunyaan Allah (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. (Baqarah:142)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: