Kebenaran Pasti Terserlah

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (Baqarah:146) Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (Baqarah:147)

Ibubapa tetap akan kenal anak mereka walaupun lama terpisah. Mereka mengenali Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka.”

Al-Anaam [20] Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengetahui kebenaran dan mereka tahu akan kelahiran nabi Muhammad s.a.w. kerana peristiwa itu diceritakan dalam kitab Taurat dan Injil. Namun mereka mengubah kitab-kitab itu khasnya tentang sifat Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka telah mengubah kitab-kitab mereka agar sifat Nabi yang akhir itu tidak dikenali dan tidak diikuti.

Paderi Yahudi ini telah mengubah isi kitab taurat dan mengatakan bahawa ianya adalah dari Allah. Orang awam dikalangan mereka pula menerimanya bulat-bulat. Paderi-paderi bangsa Yahudi yang menemui sifat-sifat Nabi SAW tertulis dalam kitab Taurat yang berbunyi: Matanya seperti yang selalu memakai celak, tingginya ‘sedang’, rambutnya ikal, mukanya cantik.” Akan tetapi mereka menghapuskan (perkataan tersebut dari Taurat) kerana dengki dan benci serta menggantinya dengan kalimah: “Badannya tinggi, matanya biru, rambutnya lurus.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas.).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: