Akibat Perkataan Yang Tidak Disedari

Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan perkataan yang diredhai (disukai) Allah, yang tidak disedarinya, Allah tetap akan mengangkat darjatnya, dan sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan perkataan yang dimurkai Allah, yang tidak disedarinya, ia akan tetap menjerumuskannya ke dalam neraka (Riwayat Ahmad).

Qaf [17] : Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] : Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Setiap manusia mempunyai malaikat-malaikat yang ditugaskan untuk yang menjaganya, mencatit amalannya dan merekodkan perbuatannya.

Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikatmalaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Jagalah tuturkata dan setiap perkataan yang dilafazkan, walaupun secara bergurau senda. Bergurau senda adakalanya boleh menyebabkan orang sakit hati dan menjadi punca timbul perasaan benci antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Advertisements

2 Respons to “Akibat Perkataan Yang Tidak Disedari”

  1. wawa Says:

    salam.kenapa ada advertisement pasal palm fortune tilik nasib.better take out iklan ini.

    • sulaiman Says:

      Dekat mana ye? Dalam PC saya tak nampak.Iklan ini cuma keluar bila menggunakan Internet explorer dan dikeluarkan oleh wordpress.
      Terima kasih kerana memberitahu. Saya tengah usahakan utk remove ads.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: