Doa Nabi Yunus

Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendakkah kamu jika aku khabarkan kepada kamu tentang satu doa, yang jika seseorang ditimpa kesusahan atau bencana daripada bencana dunia, lalu dia berdoa dengannya, akan dilepaskan daripada kesusahan tersebut, “Itulah dia doa Zin-Nuun (Nabi Yunus a.s.): 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ”,

Tiada tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku ini terdiri daripada orang-orang yang menzalimi diri (Riwayat Hakim)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Anbiya:87) Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (Anbiya:88)

Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya) ketika dia berdoa merayu dengan keadaan sesak sebak terkurung dalam perut ikan. (Qalam:48) Kalaulah dia tidak didatangi nikmat pertolongan dari Tuhannya, nescaya tercampaklah dia ke tanah yang tandus (di tepi pantai) dalam keadaan dia ditempelak (kerana salah silapnya). (Qalam: 49)

Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus. (Saaffat:139) (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. (Saaffat:140) (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang digelungsurkan (ke laut). (Saaffat:141) Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar, sedang dia berhak ditempelak. (Saaffat:142) Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). (Saaffat:143) Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (Saaffat:144) Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang dia berkeadaan sakit.

10 Respons to “Doa Nabi Yunus”

  1. mba Says:

    asalamualaikum tuan guru, saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk melakukan sembahyang tahjud malam?Apakah diterima sembahyang orang yang tidak tahu mengaji al quran?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam..

      Bangunlah pada sepertiga akhir malam (dalam pukul 3 pagi) ataupun setidak-tidaknya beberapa minit sebelum masuk wak
      tu Subuh dan lakukanlah sunat tahajjud.

      Sekiranya orang itu ada usaha untuk belajar mengaji quran, insyaalah diterima walaupun terdapat kesalahan kerana dia masih belajar. Yang salahnya jika tidak belajar.

  2. nur Says:

    assalamualaikum…

    saya ingin bertanya, adakah salah sekiranya saya menggunakan duit pinjaman saya untuk pergi umrah.saya inginkan kepastian kerana ada setengah orang mengatakan ianya salah dan tidak elok..

  3. Tanpa Nama Says:

    Assalamualaikum…saya ingin brtnya adakh sah smbhyng jika seseorng itu makan ubat dan mneruskn solat tanpa mngambil wuduk semula

  4. Tanpa Nama Says:

    assalamualaikum…saya ingin bertanya.adakah doa ini boleh dibaca kalau tidak dalam keadaan solat dan berwuduk?
    saya juga ada kemusykilan tentang solat tahajud.saya tidak tahu waktu bila saya harus bangun iaitu waktu afdal untuk solat tahajjud.ada saya baca dikira selepas solat maghrib sehingga subuh dan dibahagikan kepada tiga.saya bahagi dan dapati antara jam 10mlm-12 ato 1pg.jadi saya betul2 tidak tahu.
    bagaimana caranya solat duduk?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam..
      1) Doa Nabi Yunus sememangnya dibaca di luar solat.
      2) Waktu tahajjud ialah antara waktu Isyal dan Subuh.. Afdhal satu pertiga akhir iaitu sekitar jam 2-3 pagi.
      3) Solat duduk ialah bagi mereka yang uzur atau tidak dapat berdiri atau solat sunat. Caranya ialah duduk seperti duduk antara dua sujud. Bila rukuk direndahkan sedikit kepala.

  5. faizan Says:

    salam tuan..sy nk bertanya mengenai sesuatu huraian cth: “nabi bersabda” tp tiada tulis hadits tersebut dari siapa… adakah hadits tersebut boleh di pakai..terima kasih..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: