Ibadah Paling Mudah

Daripada Shafwan bin Salim, Rasulullah s.a.w. bersabda  “Hendakkah kamu jika aku khabarkan kepadamu, ibadah yang paling mudah dan paling ringan kepada badan, iaitu: diam dan akhlak baik” (Riwayat Ibnu Abu Dunya) 

Rasulullah s.a.w. bersabda, “berkata-kata perkara baik lebih baik dari diam, diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak baik (Riwayat Baihaki dari Abi Zar).

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Amalan yang dilakukan beserta dengan akhlak yang baik, walaupun sedikit diberikan pahala dan ganjaran yang banyak.

Dari Abu Al-Darda’ r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda“Tidak ada sesuatu pun yang ditimbang pada hari Kiamat yang lebih berat daripada akhlak dan budi pekerti yang baik. ” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).

Akhlak adalah sesuatu yang abstrak (tidak boleh dipegang), dan tidak boleh ditimbang secara zahirnya. Namun bagi Allah boleh menimbang perkara yang abstrak, misalnya amalan puasa dan sembahyang. Hanya Allah yang boleh menimbang dan menilai berat pahala amalan-amalan tersebut.

Advertisements

2 Respons to “Ibadah Paling Mudah”

  1. mba Says:

    Askm tuan guru, bilakah waktu yang paling afdal melakukan sebahyang sunat qabliah & badiah. Bolehkah ia dilakukan jika sekiranya saya bukan sembahyang fardu di awal waktu?

    • sulaiman Says:

      Salam, masih boleh dilakukan sunat qabliah sekiranya belum dilakukan solat fardhu.
      Begitu juga, ba’diah masih boleh dilakukan walaupun tidak sembahyang di awal waktu.
      Tidak semua solat Rasulullah dilakukan di awal waktu (masuk waktu terus solat).
      Misalnya solat Isyak dilakukan kira-kira 2 jam setengah selepas Maghrib. Solat Subuh pula dilakukan setelah suasana agak cerah sedikit.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: