Kerjasama Suami Isteri

Ketika Rasulullah menikahkan puterinya Fatimah, beliau berkata kepada Ali r.a.,“Engkau berkewajiban bekerja dan berusaha sedangkan dia berkewajiban mengurus rumah tangga. Baca baki entri ini »

Allah Sentiasa Memerhati (mengawas) Kamu.

….sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Nisaa:1).. Al-Baqarah [255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).…. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Baca baki entri ini »

Allah SWT Mengetahui Segalanya

…..dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan (Baqarah:234)

…..dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar (Baqarah:235)

. …Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati (Al-Ghafir:19).

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (Ali-Imran:29).

 ……kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).(Al-Jumaah:8)

Oleh itu kita hendaklah melakukan ketaatan dan menjauhi larangannya kerana kita sebagai makhluk sangat berhajat kepada Allah swt, sedangkan Allah swt tidak berhajat kepada kita.

Al-Ihklas [2]Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Al-Fatir [15] (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. 

Tempoh Idah

Baqarah [234] Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. Baca baki entri ini »

Orang yang Dihisab Dengan Teliti Akan Tersiksa

Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa”.Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.” (Riwayat Muslim) Baca baki entri ini »

Pejuang Syahid Tetap Hidup

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (Baqarah:154) Baca baki entri ini »

Bersabarlah

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Baqarah:153) Baca baki entri ini »

Tiga Dosa Besar

Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud “Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah (syirik), derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta (berbohong) dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari) Baca baki entri ini »

Doa Yang Hebat

Ingatlah, aku akan mengajarkan kepada kamu beberapa kalimah, sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah nescaya dia mengajarkan kepadanya kalimah-kalimah tersebut lalu Dia mengamalkannya serta tidak akan melupakannya buat selama-lamanya; katakanlah “Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah kelemahanku ini dalam keredhaanmu, dan jadikan diriku selalu melakukan kebaikan, serta jadikan Islam sebagai penghabisanku. Ya Allah sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku, sesungguhnya aku hina maka muliakanlah aku, sesungguhnya aku miskin maka berikanlah aku rezeki, dan cukupkanlah aku dengan rezekimu yang halal daripada rezeki yang haram, serta cukupkanlah aku dengan kemurahanMu daripada selainMu (Riwayat Hakim)

Dalam doa ini Baginda Mulia mengajar kita agar memohon beberapa perkara seperti:

1) Dikuatkan kedudukan kita yang lemah supaya berada dalam keadaan yang diredhai (disukai) Allah.

2) Meminta agar berada dalam penghabisan yang baik iaitu dalam agama Islam.

3) Meminta agar merasa cukup cukup dengan rezeki yang halal (walaupun sedikit) dan tidak memerlukan rezeki yang haram. Rezeki itu meliputi banyak perkara seperti ilmu, anak, isteri dan sebagainya.

Sembahyang Menenangkan Hati Manusia

Ar-Ra’d [28]…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia..  Ta-Ha [14] .. dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solah merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w.

“Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang.”

Ketika Rasulullah s.a.w. dilanda masalah, baginda menyuruh Bilal melakukan iqamah untuk didirikan solah. 

Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat (Riwayat Ahmad).

Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”(Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi)

Baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a.:Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

Berdoa Dengan Suara Perlahan 70 Kali Lebih Afdhal

Diriwayatkan hadith bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Berdoalah (yakni, memintalah) di dalam suara yang perlahan samalah timbangannya (pahalanya atau kefadhalannya) dengan tujuh puluh kali ganda berdoa di dalam suara yang keras (yakni, kuat atau lantang).’ [Hadith Bukhari dan Muslim]  Baca baki entri ini »

Syukur Nikmat Allah, Jangan Kufur

….dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Baqarah:152).  Baca baki entri ini »

Ingatlah Kepada Allah SWT

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan …..(Baqarah:152). Baca baki entri ini »

Kelebihan Qulhuwallah

Satu ketika Rasulullah SAW melihat jenazah seorang sahabat. Sebelum bergegas melakukan sembahyang jenazah, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat: “Apakah dia mempunyai tanggungan hutang?”.

“Ya, sebanyak empat dirham,” jawab sahabat.

“ Saya tidak akan sembahyang seseorang yang mati membawa hutang empat dirham,” perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Selang tidak berapa lama, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah SAW. “Muhammad, Allah SWT menyampaikan salam kepadamu dan berfirman, ’Aku telah mengutus Mikail dalam rupa bentuk manusia dan membayarkan hutangnya’. Jadi, sembahyangkanlah jenazah itu, orang ini telah diampuni. Dan, sesiapa yang menyembahyangkannya, maka dia akan diampuni”.

Nabi akhirnya bertanya kepada Malaikat Jibril: ”Bagaimanakah dia mendapatkan penghormatan ini?”.

Kerana keistikamahannya (berkekalan) membaca surat al-Ikhlas seratus kali setiap hari.

Jagalah Lidah Yang Tidak Bertulang

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas’ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya (Riwayat Bukhari Dan Muslim).

Kata pepatah Melayu “Lidah tidak Bertulang”. Lidah adalah ringan dan mampu mengeluarkan berbagai jenis kata-kata, samada yang baik atau tidak baik. Dari lidahlah lahirnya beberapa dosa-dosa besar seperti mengumpat, mencaci, memaki, mengadu-domba, memfitnah, menjatuhkan maruah, menipu, berbohong. Dosa-dosa inilah yang membawa manusia ke neraka dan seterusnya diazab.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)