Doa Bebas Hutang

Daripada Uthman bin Affan r.a. “Mana-mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap-tiap pagi dan petang hari (bacaan di bawah) sebanyak tiga kali insyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya.

““Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi)

Rasa dukacita dan lemah tentang perkara dunia itu menyebabkan seseorang menjadi malas dan lemah untuk berusaha. Hutang pula boleh menyebabkan roh seseorang itu terseksa setelah meninggal dunia kerana ia adalah satu dosa sesama manusia yang perlu diselesaikan antara mereka.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Roh orang mukmin akan tergantung dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut” (Riwayat Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Semua orang yang mati syahid diampuni dosanya kecuali hutangnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasa’I dan Ibn Majjah)

Abu Hurairah r.a.  meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: “Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?”

Jawab Abu Amamah: “Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah.”

Maka jawab baginda : “Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?”

Jawabnya: “Ya!”

Lalu baginda bersabda: “Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas).”

Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.

(Hadith Dikeluarkan oleh Imam Abu Daud)

Advertisements

4 Respons to “Doa Bebas Hutang”

  1. Munib Anjam Says:

    Askm tuan guru, saya ingin bertanya bagaimanakah kedudukan pendapatan sesorang yang bekerja d bank konvensional yang menjual produk islamic dan konvensional. Adakah gaji yang di peroleh haram d sisi syarak.

    ________________________________

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam..
      Saya pernah tanya tentang kerja di bursa malaysia, katanya kalau bahagian yang tidak terlibat dengan jualan secara langsung tidak mengapa.
      Untuk detail boleh hubungi beliau.

  2. Munib Anjam Says:

    Askam tuan guru, saya berkerja sebagai orang tengah membantu orang untuk mendapatkan pinjaman rumah, kereta dan lain lain. Kebiasaanya saya akan mengubah dokumen pelanggan bagi membolehkan mereka layak mendapat pinjaman tersebut. Apakah hukumnya perbuatan saya itu dan bagaimana pula kedudukan upah atau bayaran yang saya terima daripada mereka?

    ________________________________

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam.. bergantung kepada jenis pengubahan, jika bertujuan menipu maka tidak bolehlah. Jika bertujuan memperkemaskan dan mencantikkan lagi dokumen, maka tidak mengapa.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: