Syukur Nikmat Allah, Jangan Kufur

….dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Baqarah:152). 

Allah s.w.t. telah memberi kepada kita pelbagai nikmat, seperti nikmat penglihatan, pendengaran dan hati.

Sajdah [9] : ….Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Bahkan bumi ini dicipta untuk kita. 

Al-Baqarah [29] : Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,

Al-Mulk [15] : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

Hendaklah kita bersyukur dengan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam. Islam juga menghapuskan dosa Khalid Al-Walid yang berperang menentang Rasulullah s.a.w. sebelum beliau memeluk Islam.

Rasulullah saw. bersabda, “Islam telah menghapuskan semua dosa yang terjadi sebelumnya.”

Rasulullah saw. berdoa, “Ya Allah, ampunilah Khalid bin al-Walid dari semua yang telah dilakukannya yang menghalang-halangi orang dari jalan Mu.”

Kita tidak akan mampu mengira dan menghitung nikmat yang Allah telah kurniakan, dan semua nikmat yang diberikan akan disoal di akhirat nanti. Nikmat dunia adalah untuk semua orang, tetapi nikmat akhirat hanyalah untuk orang yang beriman sahaja.

Ibrahim [34] : Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: