Tiga Dosa Besar

Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud “Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah (syirik), derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta (berbohong) dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Syirik

Syirik kepada Allah Subhanahuwata’ala ialah menyamakan atau memperkongsikan Allah Subhanahuwata’ala dengan sesuatu yang lain seperti berhala, dewa, jin dengan menggangap bahawa sesuatu yang lain juga mempunyai kuasa. Dosa syirik neraka jahanamlah tempat balasan dan transitnya, sekiranya tidak bertaubat sebelum meninggal dunia. Daripada Abdullah bin Mas`ud r. a., katanya : Rasulullah bersabda : “Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Derhaka IbuBapa

Dalam sebuah riwayat diceritakan ketika Nabi S.A.W. sedang berehat di atas pelamin di syurga, datang Malaikat Jibril memberitahu “umatmu masih ada dalam neraka” Lalu Baginda terperanjat dan terus menaiki ke buraq untuk ke neraka dan bertanya “Apakah kesalahannya?” “Dia seorang anak yang derhaka”. “Kalau begitu aku membuat syafaat ke atasnya”. Namun syafaat itu dinafikan Allah kerana ini adalah kes di antara anak dan ibubapanya. Kemudian Baginda menaiki kuda yang bersayap delima merah untuk ke syurga bagi menemui ibubapanya untuk mengampunkan dosanya. Namun ibubapanya itu enggan mengampunkannya kerana kesalahannya di dunia dahulu. Lalu Baginda berdoa meminta agar Allah membuka hijab dan menunjukkan seksaan ke atas anaknya itu kepada ibunya. Apabila melihat anaknya yang terseksa itu, kembalilah naluri keibuaannya dan dimaafkan anaknya itu.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?” Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.” Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”

Dalam hadith ini menunjukkan keutamaan berkhidmat kepada ibu 3 kali ganda melebihi khidmat kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat, ini kerana seorang ibu itu telah menanggung kesusahan semasa mengandungkan anaknya dan juga semasa bersalin melahirkan anaknya.

Luqman [1] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)..

Berdusta (Berbohong)

Jagalah lidah kerana ia melibatkan hubungan kemasyarakatan. Banyak dosa yang dilakukan oleh lidah seperti berbohong, memfitnah, menipu, bersumpah palsu.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya kebenaran adalah membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang itu benar dan selalu memilih kebenaran maka tercatatlah dia disisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang itu berdusta dan selalu memilih dusta maka tercatatlah dia disisi Allah sebagai seorang pendusta (Riwayat Bukhari).

2 Respons to “Tiga Dosa Besar”

  1. Aziq Says:

    Assalamualaikum,.sye prnh brrbohong krne tkut didenda guru..nmun stlh mngthui bhye nye mnipu…sye berazam untuk tidk berdusta lgi..adkh Allah akn trime azm sye


Kemusykilan atau pertanyaan