Tempoh Idah

Baqarah [234] Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

Bagi Kes Kematian Suami (4 Bulan 10 hari)

Hadis Ummu Habibah r.a isteri Nabi s.a.w: Diriwayatkan daripada Zainab binti Abu Salamah r.a katanya: Aku menemui Ummu Habibah isteri Nabi s.a.w ketika dia kematian ayahnya Abu Sufian. Ummu Habibah minta diambilkan sebuah wadah yang berisikan campuran minyak wangi, kemudian disapukan pada rambut dan pipi seorang jariah di samping dia juga menggunakannya. Kemudian dia berkata: Demi Allah! Sebenarnya aku tidak memerlukan wangi-wangian ini kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda di atas mimbar: Haram bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, berkabung atas kematian lebih dari tiga hari kecuali seorang isteri yang kematian suaminya. Dia mesti berkabung selama empat bulan sepuluh hari.

Dalam tempoh itu perempuan tidak dibenarkan keluar rumah atau berhias, walaupun keluar untuk ke masjid. Bahkan mereka lebih afdhal solat di rumah masing-masing.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Seorang wanita bersolat di dalam rumahnya lebih baik dari dia bersolat di halamannya, dan solat di dalam bilik kecil lebih baik dari bersolat dirumahnya” [Hadith Riwayat Abu Daud]

Dalam tempoh ini seorang lelaki dilarang menyatakan hasrat untuk mengahwini perempuan itu secara “direct”.

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (Baqarah:235)

Bagi Kes Perceraian (3 Kali Suci atau Haid)

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. …. (Baqarah:228)

Tujuan tempoh idah itu adalah untuk memastikan bahawa perempuan itu tidak mengandung dan tidak ada kandungan dalam rahimnya sebelum berkahwin semula dengan lelaki lain. Dalam tempoh idah itu seorang suami boleh kembali kepada isterinya yang dicerai dan isterinya tidak boleh menentang. Dalam mazhab Syafie, seorang suami yang ingin rujuk kepada bekas isterinya mesti melafazkannya melalui perkataan, manakala dalam mazhab Hanafi cukup dengan sekadar perbuatan, misalnya suami itu makan dan tidur bersama isterinya walaupun tidak dilafazkan dengan perkataan.

Kes Talak Tiga

Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (Baqarah: 230)

Dalam ayat di atas disebut bahawa suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali, melainkan setelah perempuan itu berkahwin semula dengan lelaki lain. Dalam hadith di bawah pula diceritakan tentang seorang sahabat (perempuan) yang ingin kembali kepada suaminya yang asal, namun dilarang oleh Rasulullah selagi mereka tidak melakukan hubungan suami-isteri.

Dari ‘Aaisyah r.a., beliau berkata : Suatu ketika isteri Rifaa’ah menemui Rasulullah s.a.w. Dia berkata : “Aku adalah isteri Rifaa’ah, kemudian ia dmenceraikanku dengan talak tiga. Setelah itu aku menikah dengan ‘Abdurrahman bin Az-Zubair, akan tetapi sesuatu yang ada padanya sepertihudbatuts-tsaub (hujung kain)”.  Rasulullah s.a.w. tersenyum mendengarnya, lantas beliau bersabda : “Apakah kamu ingin kembali kepada Rifaa’ah ? Tidak boleh, sebelum kamu merasakan madunya dan dia pun merasakan madumu….” (Riwayat Muslim).

Doa Musibah

Ummu Salamah berkata, “Saya mendengan Rasulullah bersabda, ‘tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa suatu musibah lalu mengucapkan apa yang diperintahkan oleh Allah, اِنَّا لِلَّهِ وَاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ, اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيْبَتِي وَاخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا. yang artinya, ‘Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali, ya Allah berikanlah kepadaku atas musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya’, kecuali Allah akan menggantikannya yang lebih baik darinya’. Maka ketika Abu Salamah (suamiku) wafat, aku bergumam, siapa di kalangan kaum muslimin yang lebih baik dari Abu Salamah, sebuah keluarga yang pertama kali berhijrah kepada Rasulullah ? Tetapi aku lalu mengucapkan do’a tersebut. Allah pun menggantikanku dengan Rasulullah . (HR. Muslim

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: