Doa Selepas Wudhu’

Rasullullah SAW bersabda “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata “Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Saksi Kepada 2 Perkara

Dalam kalimah syahadah kita menjadi saksi kepada 2 perkara iaitu tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.  Apabila seseorang itu menjadi saksi, maka dia hendaklah mempertahankan dan menyebarkan kebenaran Islam, iaitu tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

8 Pintu Syurga

Terdapat 8 pintu syurga yang besar atau yang utama. Berbanding langit dan bumi yang mempunyai tujuh (7) lapisan, syurga mempunyai lapan (8) pintu, satu pintu tambahan melebihi pintu neraka itu menunjukkan kelebihan rahmat Allah. Angka 7 menunjukkan kekuatan, misalnya dalam Perang Badar, jumlah tentera Islam ialah 313 orang, (3+3+1=7). Diriwayatkan juga Nabi Daud menentang Jalut dengan tentera seramai 313 orang. Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakat. Sembahyang itu juga adalah anak kunci syurga.

Batal Wudhu – Hadas Kecil

Hadas kecil ialah suatu perkara kecil yang telah berlaku ke atas seseorang seperti 4 perkara di bawah”. Baca baki entri ini »

Tentang Nyanyian dan Muzik

Mazhab yang empat sepakat atas haramnya seluruh jenis alat muzik.” Tidak ada seorang pun dari pengikut para imam yang empat yang menyebutkan adanya perselisihan dalam hukum alat muzik ini. (al-Majmu’, 10/576)

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Musa ra., bahawasanya Nabi Saw bersabda

. “Sesiapa yang suka mendengarkan suara nyanyian, maka dia tidak diizinkan untuk mendengarkan suara Ar-Ruhaniyyin (para penyanyi) di syurga.  Baca baki entri ini »

Kafir Kekal Dalam Neraka

….dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka. (Baqarah:167) Baca baki entri ini »

Ikutan Yang Berlepas Diri

Ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. (Baqarah:166) Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka. (Baqarah:167) Baca baki entri ini »

Suci Daripada Haid

Tempoh maksima haid dalam Mazhab Syafie ialah 15 hari 15 malam. Manakala Mazhab Hanafi pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari. Orang-orang perempuan menghantar kepada Aisyah bekas berisi kapas dengan sesuatu yang berwarna kuning. Aisyah berkata: Janganlah kamu tergesa-gesa (menggangap sudah suci) sehingga kamu melihat putih bersih” (Hadis riwayat al Bukhari).

Suatu ketika Imam Abu Hanifah sedang mengajar anak muridnya yang ramai, dikatakan hingga seribu orang. Tiba-tiba datang seorang perempuan memakai burqa’ dan  membawa sebiji epal lalu diberi kepada salah seorang anak murid tadi supaya diserahkan kepada Imam Abu Hanifah. Anak murid tadi membawa kepada Imam Abu Hanifah lalu berkata “seorang perempuan datang meminta diberikan kepada Tuan Sheikh epal ini”. Baca baki entri ini »

Kefardhuan Berwudhu

Al-Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; Baca baki entri ini »

Sesal Kemudian Tiada Gunanya

….dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu) (Baqarah:165)

(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka (Baqarah:166).

Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka (Baqarah:167) Baca baki entri ini »

Beza Cinta Mukmin dan Kafir

Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…(Baqarah:165) Baca baki entri ini »

Langit Dihiasi Bintang

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang (As-Saffat:6). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; (Mulk:5) Baca baki entri ini »

Jangan Mengatakan Sesuatu Tentang Allah Yang Tidak Diketahui

…Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya? (Yunus:68). Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya. (Yunus:69) (Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan. (Yunus:70)

Pepatah Melayu menasihatkan kita supaya ”jangan menegakkan benang yang basah” iaitu jangan mempertahankan sesuatu yang hati kita tidak yakin kebenarannya.

Kita dilarang memperkatakan sesuatu yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya. Dalam bab ketuhanan, kita adalah dilarang memperkatakan sesuatu tentang Allah SWT yang kita tidak pasti akan kebenarannya.

A’raf [33]….dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Isra:36)

Dakwaan Yang Tidak Berasas

Mereka berkata: Allah mempunyai anak Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu)! Dialah Yang Maha Kaya; segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaanNya; tidaklah ada sebarang keterangan di sisi kamu yang membuktikan apa yang kamu dakwakan itu. Mengapa kamu berani mengatakan terhadap Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya? (Yunus:68) Baca baki entri ini »

Tanda-Tanda Kekuasaan Allah 2

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Baqarah:164) Baca baki entri ini »

Syaitan Musuh Yang Terang Dan Nyata

Al-A’raf [22] Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?” Baca baki entri ini »

Berwuduk Dan Kesannya Di Hari Kiamat

Al-Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;…. Baca baki entri ini »