Kisah Nabi Musa dan Firaun

Al-A`raf[127] Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun menjawab: Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka.

Semasa Kecil

Al-Qasas [7] Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.

Al-Qasas [8] Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.

Al-Qasas [9] Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: (Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Dakwah Kepada Firaun

Ta-Ha [24] Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. 

Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (Ta-Ha:25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (Ta-Ha:26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (Ta-Ha:27) Supaya mereka faham perkataanku; (Ta-Ha:28)Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (Ta-Ha:29) Iaitu Harun saudaraku; (Ta-Ha:30) Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, (Ta-Ha:31)

An-Naziat [20] (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: Mukjizat yang besar. (20)

An-Naziat [21]Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah); (21)

An-Naziat [22] Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). (22)

An-Naziat [23]Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; (23)

An-Naziat [24]Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi. (24)

An-Naziat [25]Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya. (25)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: