Allah Yang Maha Esa

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:163).

Allah adalah satu-satunya tuhan. Dialah tuhan yang ESA. ESA yang sebenar-benarnya ESA, ESA dari segi zahir dan ESA dari segi batin. Atom atau biji sawi cuma esa (satu) pada zahir sahaja, tetapi masih boleh dibelah dan dibahagi-bahagikan pada batin melalui akal iaitu secara imaginasi. Namun Allah SWT tidak boleh dibahagi-bahagikan zatnya samada secara zahir atau secara batin. Allah tidak berjuzuk seperti manusia yang mempunyai anggota badan.

Dialah satu-satunya tuhan. Dialah tuhan kepada segala makhluk samada manusia atau jin.

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (Al-Ikhlas:1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (Al-Ikhlas:2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (Al-Ikhlas:3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (Al-Ikhlas:4)

Dialah tuhan yang satu dulu, kini dan selama-lamanya yang tidak memerlukan anak atau isteri. Bahkan tiada tuhan sebelum Allah atau selepas Allah swt. Allah telah wujud (ada) sebelum semua makhluk diciptakan. Allah SWT tidak tua dan tidak perlu kepada keturunan untuk mewarisi kekuasaannya. Hanya manusia yang lemah perlukan anak untuk menyambung keturunan mereka. Tetapi Allah itu tuhan yang awal dan dialah yang akhir, tidak mati, tidak mengantuk dan tidak tidur. Jadi untuk apa Allah perlukan anak

An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Jikalau ada tuhan selain Allah swt, rosaklah dunia ini. Kalau ada 2 atau 3 tuhan, matilah kita bila tuhan-tuhan itu berperang antara satu sama lain. 

Al-Anbiyaa [22] Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Allah Yang Maha Esa”

  1. Ujian Ke Syurga: Rukun Islam dan Rukun Iman « Nasbun Nurain Says:

    […] Mengesakan Allah iaitu “naik saksi” atau mempertahankan bahawa Allah ialah tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: