Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

….tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (Baqarah:163).

Allah bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasihani). Rahman itu khusus untuk dunia yang mencakupi kedua-dua golongan iaitu Islam dan kafir. Rahim pula khusus untuk akhirat dan hanya untuk umat Islam. Seseorang itu masuk syurga dengan rahmat atau belas kasihan Allah. Syurga adalah tempat Allah swt melahirkan kasih sayang kepada hamba-hambanya yang beriman.

Allah bersifat pemurah walaupun kepada orang-orang yang kufur (kafir) dan derhaka kepadanya. Oleh kerana kita hidup di ‘alam asbab’ yang memerlukan kepada ‘sebab’, maka sesiapa yang berusaha akan diberikan walaupun mereka itu kafir. Di dunia ini golongan kafir tetap diberikan kesenangan dan kemewahan walaupun mereka tidak beriman dan percaya kepada Allah.

Di akhirat pula, kemewahan hanya diberikan kepada orang Islam di dalam syurga. Harta dunia hanya menjadi milik kita semasa hidup di dunia sahaja. Harta akhirat pula kekal selamanya. Di akhirat, orang-orang kafir tidak akan merasa walau setitik air sejuk.

Allah menyelamatkan manusia yang beriman dari menjadi kafir. Walaupun diberikan kemewahan kepada kafir semasa di dunia namun ia tidak menyamai tahap kemewahan di akhirat.

“Andaikata dunia ini bernilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, nescaya tidak akan diberikannya kepada orang kafir meski pun hanya seteguk air.” (HR. Tirmidzi)

Kemewahan di akhirat adalah untuk muttaqin (orang-orang bertakwa), yang taat dan patuh perintah Allah dan Rasul.

Az-Zukhruf [33] Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perakdan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),

[34] Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga) dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),

[35] Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa.

Orang Islam yang melakukan kebaikan akan diberi balasan di dunia ini dan juga diakhirat nanti. Sebaliknya, orang kafir yang melakukan kebaikan di dunia tidak diberikan pahala di akhirat nanti. Allah membayar kebaikan mereka semasa di dunia ini sahaja.

Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik. (Al-Ahqaf:20)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: