Jauhi dan Bertaubatlah Daripada Dosa Zina

Jauhilah kamu daripada melakukan zina, kerana sesungguhnya perbuatan zina itu mengundang empat perkara, iaitu; menghilangkan cahaya dari muka, memutuskan rezeki, murka Tuhan Yang Maha Pemurah, dan lama berada di dalam neraka (Riwayat Thabrani melalui Ibnu Abbas r.a.)Dosa Zina Terhapus Dengan Bertaubat

Pada suatu ketika sahabat Baginda, Ma’iz bin Malik r.a. datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu dia berkata kepada Baginda ” Ya Rasulullah , bersihkanlah (sucikan) aku”.Jawab Rasulullah s.a.w. “Pulanglah , dan mintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya”

Ma’iz pergi, tetapi belum begitu jauh dia kembali lagi seraya berkata, “Ya Rasulullah, sucikanlah aku”

Jawab Rasulullah saw., “Pulanglah, minta ampun kepada Allah dan taubatlah kepadaNya” Ma’iz pergi, tetapi belum begitu jauh dia kembali lagi dan berkata kepada Rasulullah saw ”Ya Rasulullah, sucikanlah aku” Nabi saw menjawab seperti semula dan hal seperti itu berulang sampai empat kali.

Pada kali yang keempat Rasulullah saw bertanya”Dari hal apakah engkau harus kusucikan?”

Jawab Ma’iz” dari dosa berzina” Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat yang ada di sekitar ketika itu, “apakah si Ma’iz ini mengidap penyakit gila?

Jawab para sahabat “Tidak, ya Rasulullah, Dia tidak gila”

Tanya Nabi saw berikutnya:”Apakah dia baru habis minum khamar (arak)?” Seorang sahabat berdiri , lalu membaui Ma’iz, tetapi tidak mencium bau khamar di mulut Ma’iz.

Maka bertanya Rasulullah saw. kepada Ma’iz” Betulkah engkau berzina?” Jawab maiz, “Benar ya Rasulullah”

Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam terhadap Maiz, lalu dia direjam.

Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati. Apabila berita ini dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda murka dan berkata “Mengapa kamu mengejar dia, Ma’iz betul-betul telah bertaubat dengan taubat yang sempurna. Seandainya taubat maiz dapat dibahagi di antara satu kaum pasti mencukupi untuk mereka semua”.

Kes Perempuan Mengandung Mengaku Berzina

Telah mengabarkan kepada kami Abu Nu’aim telah menceritakan kepada kami Basyir bin Al Muhajir telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Buraidah dari Ayahnya ia berkata; aku duduk di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba seorang wanita dari Bani Ghamid datang kepada beliau sambil berkata; “Wahai Nabiyullah, sesungguhnya aku telah berzina, dan aku ingin membersihkan diri.” Beliau bersabda kepadanya; “Kembalilah.” Dihari berikutnya, wanita itu datang lagi sambil mengaku telah berzina, katanya; “Wahai Nabiyullah, sucikanlah diriku, sepertinya engkau hendak menolakku sebagaimana menolak (pengakuan) Ma’iz bin Malik, demi Allah, sesungguhnya diriku telah hamil (dari perzinahan tersebut).” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya: “Kembalilah hingga engkau melahirkan.” Setelah melahirkan, wanita itu datang membawa seorang bayi yang ia gendong dalam sepotong kain, wanita itu berkata; “Wahai Nabiyullah, kini aku telah melahirkan.” Beliau bersabda: “Pergilah dan susui anak itu hingga kamu menyapihnya! ” Tatkala wanita itu selesai menyapih, ia datang dan di tangan anak tersebut terdapat potongan roti. Lalu ia berkata; “Wahai Nabiyullah, sungguh aku telah menyapihnya.” Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar anak tersebut diserahkan kepada seseorang dari kalangan muslimin, lalu beliau memerintahkan supaya wanita itu dibuatkan lubang, akhirnya ia diletakkan di dalam lubang tersebut hingga dada. Lalu beliau memerintahkan orang-orang agar melemparinya.

Advertisements

2 Respons to “Jauhi dan Bertaubatlah Daripada Dosa Zina”

  1. a rashid bin omar Says:

    Assalamualaikum , apa kah makna perkataan ” menyapih ” seperti yg disebut dalam terjemahan hadith diatas


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: