Berwuduk Dan Kesannya Di Hari Kiamat

Al-Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;….

Hari Kiamat adalah hari yang mengemparkan. Namun dalam keadaan seperi itu pun Rasulullah s.a.w. tetap mengenali umatnya.

Hari yang menggemparkan, (Al-Qariah:1) Apa dia hari yang menggemparkan itu? (Al-Qariah:2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (Al-Qariah:3) (Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (Al-Qariah:4)

Rasulullah s.a.w. juga mengenali umatnya di Padang Mahsyar melalui tanda yang terdapat pada muka mereka yang berseri-seri. Sesungguhnya ummatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dgn cahaya di wajah, tangan dan kaki kerana kesan bekas wudhu’.” [sahih Bukhari, kitab wudhu’]

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda “perhiasan (di badan ahli syurga) orang mukmin, setakat mana sampainya wuduk (yang dilakukan semasa di dunia dahulu)”.

Syurga adalah merupakan tempat nikmat serta keagungan, dan setiap ahlinya akan memakai perhiasan yang tidak dapat dinilaikan harganya. Di dunia ini kaum lelaki dilarang memakai perhiasan yang diperbuat daripada emas. Tetapi di syurga emas turut menjadi perhiasan lelaki. Bahkan perhiasan di syurga tidak dibezakan di antara lelaki atau perempuan. Mereka sama-sama memakai perhiasan daripada emas yang tidak ternilai tinggi mutu serta kualitinya.

Al-Kahfi [31] Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas,

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: