Jauhi Sikap Sombong Takabbur dan Hasad Dengki

Jauhilah kamu daripada takabbur, kerana sesungguhnya sifat takabburlah yang mendorong Iblis tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam. Janganlah kamu tamak haloba kerana tamak halobalah yang mendorong Adam untuk memakan buah yang terlarang. Dan janganlah kalian berhasad dengki kerana sesungguhnya kedua Anak Adam (Habil dan Qabil), seorang diantaranya membunuh yang lain kerana terdorong oleh rasa dengki. Sesungguhnya sifat-sifat yang telah disebutkan tadi merupakan pangkal setiap perbuatan dosa (Riwayat Ibnu As-Sakir melalui Ibnu Masud r.a.)

Baqarah [34] Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-

Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?

Al-A’raf [13] Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.

Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki Iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.

An-Nisaa [54] : Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi) dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Apa jua kurniaan samada harta atau jawatan adalah daripada Allah Subhanahuwata’ala. Maka tidak sepatutnya seseorang merasa dengki dengan orang lain dan bertindak untuk menghilangkan nikmat kurniaan itu. Akibat tindakan yang berpunca daripada kedengkian itu ialah pahala seseorang itu akan hilang…

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sifat hasad memakan segala kebaikan umpama api memakan (menjilat) kayu kering.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: