Langit Dihiasi Bintang

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang (As-Saffat:6). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; (Mulk:5)

Suatu masa dahulu para Jin dan Syaitan dapat naik ke langit hinggalah saat kelahiran Baginda Mulia Rasulullah s.a.w..

Jin [9] Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

Selepas itu, ada malaikat khas yang menjaga rapi pintu langit, namun ada juga syaitan yang berani menjengok dan lari kerana diekori bintang-berapi.

Jin [8] Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

Al Hijr [17] Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam. Al Hijr [18] Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.

As-Saffat [10] Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembus

Mereka mencari-cari punca kenapa mereka dihalang ke langit:

“Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Nabi saw. berangkat dalam suatu kelompok dari para sahabat menuju ke pasar Ukazh. Antara syaitan dan berita dari langit telah terhalang dan dilemparkan bintang-bintang kepada mereka, dan syaitan-syaitan kembali kepada kaum mereka.

Mereka bertanya: “Ada apakah kamu?” Mereka menjawab: “Telah dihalangi antara kami dan berita dari langit, dan bintang-bintang dilemparkan kepada kami”.

Mereka berkata: “Tidak ada yang menghalangi antara kalian dan berita dari langit kecuali sesuatu yang terjadi, maka berjalanlah ke bumi bahagian timur dan barat, dan lihatlah, apakah yang menghalangi antara kamu dan berita dari langit.”

Pergilah mereka dengan menuju ke arah Tihamah kepada Nabi saw. dan Nabi di Nakhlah menuju ke pasar Ukazh dan beliau sedang sembahyang Subuh bersama para sahabat. Ketika mereka mendengar Al Qur’an, mereka mendengarkannya dan berkata: “Demi Allah, inilah yang menghalangi antara kamu dan berita dari langit“. Di sanalah ketika mereka kembali kepada kaum mereka dan berkata: “Wahai kaum kami, sesungguhnya kami mendengar bacaan Al Qur’an yang indah dan menunjukkan kepada petunjuk, lalu kami mengimamkannya dan tidak akan menyekutukan Tuhan kita dengan seseorangpun” Maka Allah menurunkan atas Nabi-Nya saw. “QUL UUHIYA ILAYYA” (Katakanlah: Diriwayatkan diwahyukan kepadaku) dan bahwasanya diwahyukan perkataan jin kepada beliau.” (HR: Bukhari)

Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (Jin:1) Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. (Jin:2) Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: Tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. (Jin:3) Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran; (Jin:4) Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah. (Jin:5)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: