Beza Cinta Mukmin dan Kafir

Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…(Baqarah:165)

Golongan kafir menyembah tuhan selain Allah dan mereka mencintai tuhan mereka itu. Mereka menyembah berhala sepertimana orang Islam menyembah Allah. Dalam sebuah hadith riwayat Nasai disebut, peperangan dengan hind adalah jihad yang paling besar atau sebenar-benar jihad. Ini kerana di sana terdapat banyak penyembahan berhala, walaupun di sana juga ramai orang Islam.

Dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; Rasulullah s.a.w. telah menjanjikan kepada kami akan berlaku peperangan membebaskan Hind. Jika aku sempat hidup pada zaman berlakunya peperangan tersebut, nescaya aku mengorbankan diri dan hartaku (untuk turut menyertainya) kerana jika aku terbunuh (dalam peperangan tersebut), aku adalah dari semua-mulia syahid dan jika aku pulang (yakni selamat), aku akan menjadi Abu Hurairah al-Muharrar (yakni Abu Hurairah yang dibebaskan dari neraka). (Riwayat Imam an-Nasai.)

Orang Islam pula dilarang mencintai atau menyayangi sesuatu melebihi sayang mereka kepada Allah s.w.t. Sayangilah Allah, “sebut-sebutlah Allah ” dan ingatlah Allah samada melalui zikir lidah, zikir hati atau berfikir tentang kebesaran Allah. Siapa yang menyayangi Allah, Allah menyayanginya. Siapa yang disayangi Allah diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Dari Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :”Siapa yang ingin bertemu dengan Allah, nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya.Dan siapa yang benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya. Sedangkan mati itu terjadi sebelum bertemu dengan Allah (Riwayat Muslim).

Orang Islam juga dilarang memberi penghormatan menyamai atau melebihi penghormatan mereka kepada Allah swt semasa sembahyang. Misalnya tidak boleh tunduk kepada manusia melebihi atau menyamai paras rukuk atau berdiri dan meletakkan tangan seperti dalam sembahyang.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: