Kefardhuan Berwudhu

Al-Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali;

Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka.

Niat wudu’ adalah seperti “Sengaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta‘ala” atau “Sengaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”. Niat adalah fardhu dalam mazhab Syafie, dalam mazhab Hanafi pula hanyalah sunat hukumnya untuk berniat.

Membasuh Muka.

Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat yang biasa ditumbuhi rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan secara melintang pula adalah dari satu anak telinga hingga ke anak telinga yang lain (kanan ke kiri).

Membasuh dua tangan hingga dua siku.

Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.

Menyapu sedikit kepala.

Berbeza dengan anggota lain, kepala hanya wajib disapu dan bukannya dibasuh. Menyapu berbeza dengan membasuh iaitu apabila menyapu air itu tidak meleleh seperti ketika membasuh atau mandi.

Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala. Dalam mazhab Syafie cukup sekadar mencuit sedikit bahagian kepala, mazhab Hanafi pula satu perempat kepala dan Maliki seluruh bahagian kepala.

Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.

Dari Abdullah bin Umru RA., ia berkata: Bersama Rasulullah saw. kami kembali dari Mekah menuju Madinah. Ketika kami berada pada sebuah oasis di tengah jalan, beberapa orang tergesa-gesa menunaikan salat Asar. Mereka berwudu dengan tergesa-gesa. Lalu kami dekati mereka, tampak tumit mereka tidak terkena air, maka Rasulullah saw. bersabda: Siksa neraka bagi (pemilik) tumit itu. Sempurnakanlah wudu anda. (Riwayat Muslim).

Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.Membaca “basmalah” iaitu lafaz

Sunat Wudhu:

Membaca Bismillah 

Dari Abi Hurairah, Ibnu Mas’ud dan Ibnu Umar (Radhiallahu anhum) sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda, siapa berwuduk menyebut nama Allah s.w.t., sesungguhnya ia telah menyuci seluruh badannya, tetapi jika tidak menyebut nama Allah s.w.t. dia hanya membersihkan tempat berwuduk sahaja.”

Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.

Berkumur-kumur.

Memasukkan air ke dalam hidung.

Berkata Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w.: apabila bangkit seorang dari kamu dari tidurnya, dia berwuduk, maka masuklah air hidungnya (dengan menarik air tersebut ke dalam hidung dan segera keluar sebanyak 3 kali) sesungguhnya syaitan tidur di pangkal hidungnya (di sebelah dalam).”

Menyapu seluruh kepala.

Menyapu dua telinga.

Berkata Abi Umamah r.a ketika menerangkan wuduk Baginda Mulia, kata (Abi Umamah) adalah ia (baginda Mulia) sentiasa menyapu dua belah penjuru mata, dan bersabda, kedua-dua telinga adalah dari kepala.”

Abdullah bin Abbas berkata, sesungguhnya Nabi s.a.w menyapu kepalanya, dan kedua belah telinganya dengan kedua anak jari telunjuknya dan disebelah luarnya dengan kedua ibu jarinya.”

Menyelati janggut yang tebal.

Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.

Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.

Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.

Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.

Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.

Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: