Suci Daripada Haid

Tempoh maksima haid dalam Mazhab Syafie ialah 15 hari 15 malam. Manakala Mazhab Hanafi pula berpendapat, paling lama seorang wanita mengalami haid ialah 10 hari. Orang-orang perempuan menghantar kepada Aisyah bekas berisi kapas dengan sesuatu yang berwarna kuning. Aisyah berkata: Janganlah kamu tergesa-gesa (menggangap sudah suci) sehingga kamu melihat putih bersih” (Hadis riwayat al Bukhari).

Suatu ketika Imam Abu Hanifah sedang mengajar anak muridnya yang ramai, dikatakan hingga seribu orang. Tiba-tiba datang seorang perempuan memakai burqa’ dan  membawa sebiji epal lalu diberi kepada salah seorang anak murid tadi supaya diserahkan kepada Imam Abu Hanifah. Anak murid tadi membawa kepada Imam Abu Hanifah lalu berkata “seorang perempuan datang meminta diberikan kepada Tuan Sheikh epal ini”.

Lalu Imam Abu Hanifah meminta seorang muridnya supaya membawa sebilah pisau. Beliau membelah epal itu kepada dua bahagian lalu berkata kepada anak muridnya “hantar kembali epal ini kepada perempuan tadi”. Sebaik menerima epal yang telah dibelah tadi, perempuan itu terus pergi meninggalkan majlis ilmu tersebut. Semua yang melihat kejadian tersebut tercegang tidak faham apa yang berlaku. Tidak berlaku komunikasi antara perempuan tersebut dan Imam Abu Hanifah namun masing-masing faham tindakan satu sama lain.

Sebaik menerima epal yang telah dibelah tadi, perempuan itu terus pergi meninggalkan majlis ilmu tersebut. Semua yang melihat kejadian tersebut tercegang tidak faham apa yang berlaku. Tidak berlaku komunikasi antara perempuan tersebut dan Imam Abu Hanifah namun masing-masing faham tindakan satu sama lain.

Lalu Imam Abu Hanifah bertanya “Kamu tahu kenapa dia datang ke mari?Kamu faham apa yang ditanya?”

“Tidak, kami tidak tahu”, jawab si anak murid

“Dia datang untuk bertanyakan masalah tentang hukum darah haid”,jawab Imam Abu Hanifah lalu menyambung penjelasannya.

“Yang dia bawa tadi adalah epal yang kulitnya nampak kekuningan  dan dia bertanya aku apabila darah haid  kekuningan seperti ni, adakah ia sudah suci dan boleh bersolat?”

“Lalu aku belah epal itu untuk menjawab kepadanya bila putih seperti isi dalam itu barulah dia boleh solah”

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: