Ikutan Yang Berlepas Diri

Ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. (Baqarah:166) Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari Neraka. (Baqarah:167)

Di Hari Kiamat ikutan selain Rasul, para sahabat dan para tabiin akan berlepas diri daripada para pengikutnya. Bahkan di dunia ini juga mereka yang mengupah seseorang untuk melakukan sesuatu kejahatan akan berlepas diri sekiranya mereka tertangkap.

Oleh itu ikutlah jemaah Islam yang ramai kerana Allah tidak akan menyesatkan mereka yang mengikut jemaah yang ramai.

Ikutlah Jemaah Islam Yang Ramai

Dari segi akidah, jemaah yang ramai itu adalah jemaah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Manakala dari sudut fekah pula, jemaah itu adalah jemaah 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki. Ikutlah hukum-hakam yang terkandung dalam 4 mazhab yang muktabar, yang besar, (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali). Jangan lari atau berbeza daripada 4 mazhab ini. Sabda Nabi “Sesiapa yang tidak berpegang pada sabdaanku mereka akan sesat”. 4 mazhab ini semuanya berpegang pada sunnahnya. Asalnya dari satu, matlamat juga satu (bawa manusia balik ke akhirat dengan selamat). 

Mazhab-mazhab juga mengikut jalan yang sahabat pakai, misalnya Imam Syafie banyak mengambil pendapat Abdullah bin Abbas r.a.. Mazhab Hanafi banyak memilih pendapat Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. dan Sayyidina Ali krmwjh. Mazhab Maliki pula banyak memilih pendapat Sayyidina Umar r.a.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk”.

Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah dia ke dalam api (neraka).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: