Tentang Nyanyian dan Muzik

Mazhab yang empat sepakat atas haramnya seluruh jenis alat muzik.” Tidak ada seorang pun dari pengikut para imam yang empat yang menyebutkan adanya perselisihan dalam hukum alat muzik ini. (al-Majmu’, 10/576)

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Musa ra., bahawasanya Nabi Saw bersabda

. “Sesiapa yang suka mendengarkan suara nyanyian, maka dia tidak diizinkan untuk mendengarkan suara Ar-Ruhaniyyin (para penyanyi) di syurga. 

Dalam hadith yang lain:

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Nabi sollallahu alaihi wasallam telah bersabda: Sesungguhnya Allah Taala telah mengharamkan arak, judi, gendang dan ghubaira (tambourine). Dan tiap-tiap yang memabukkan adalah haram (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).

“Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga).” (Sahih Muslim).

Hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengharamkan khamr, judi dan gendang.” (Hadis riwayat Abu Daud, Baihaqi dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk memusnahkan alat muzik. Ahmad bin Mani‘ Al-Harits Ibnu Abu Usamah meriwayatkan dengan lafaz: Maksudnya:

“Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma‘azif (alat bunyi-bunyian)…………(hingga akhir hadith)

Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam :Maksudnya:

“Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali)……… (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy)

Disebut dalam hadith “Akan ada di kalangan umatku sejumlah kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr, alat muzik …..” (Hadis sahih al-Bukhari)

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas umatku, khamr, judi. minuman keras dari perahan gandum dan kuubah (gendang) dan qinnin (drum). Dan menambahkan untukku solat witir.” (Shahih al-Jami’)

Dari Abi Malik Al-AsSyaari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Satu golongan daripada umatku akan minum arak, mereka menamakan arak bukan dengan namanya. Alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita dimainkan di atas kepala-kepala mereka lantas Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah menjadikan daripada kalangan mereka bertukar menjadi kera dan babi (Riwayat Ibnu Majah)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: