Batal Wudhu – Hadas Kecil

Hadas kecil ialah suatu perkara kecil yang telah berlaku ke atas seseorang seperti 4 perkara di bawah”.

(1) Keluar sesuatu daripada dua kemaluan (qubul dan dubur) sama ada najis, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda: ”Solat orang yang berhadas (keluar air kencing, membuang air besar dan kentut) tidak diterima (Allah) sebelum dia berwudhu.” Seorang yang berasal dari Hadramaut bertanya kepada Abu Hurairah: “Apakah hadas itu?” Abu Hurairah menjawab:” Hadas itu ertinya angin yang keluar dari lubang anus.”

Dalam hal ini Mazhab Maliki berbeza pendapat iaitu hanya sesuatu yang biasanya keluar daripada dua kemaluan sahaja yang membatalkan wuduk (najis atau kencing), selain daripada itu misalnya keluar batu daripada kemaluan tidak membatalkan wudhu’.

(2) Hilang akal dengan sebab seperti tidur, pitam, mabuk dan sebagainya kecuali tidur bagi orang yang tetap punggungnya di atas tempat duduknya. 

“Pengikat (pengawal) dubur (daripada keluar sesuatu daripadanya) itu ialah dua belah mata (jaga), maka sesiapa yang tidur, hendaklah dia berwudhu.” (Riwayat Abu Daud)

Mazhab Hanafi dan Syafii berpendapat, tidur dalam keadaan duduk yang rapat papan punggungnya ke tempat duduk tidaklah membatalkan wudhu’. Dalam hal ini Mazhab Maliki juga berbeza pendapat iaitu hanya tidur yang nyenyak membatalkan wudhu’, misalnya jika seorang itu tidur dan bangun bila azan dilaungkan, maka wudhu’nya tidak batal.

(3) Menyentuh kemaluan anak Adam dengan telapak tangan.

Mazhab Hanafi berbeza pendapat dalam hal ini iaitu tidak membatalkan wudhu’. Hujah mereka adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie tentang seorang badwi yang bertanya kepada Nabi saw

Wahai Rasulullah ! Apa pandangan kamu tentang seorang lelaki yang menyentuh kemaluannya ? Jawab Nabi saw : “dan bukankah ia itu tidak lain melainkan seketul daging daripada kamu atau sebahagian daripada kamu ?”

(4) Menyentuh kulit lelaki atau perempuan dewasa yang bukan mahram atau halal nikah tanpa berlapik. 

Mazhab Hanafi berbeza pendapat dalam hal ini iaitu bersentuhan antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’. Mereka berpendapat sentuh itu bermaksud melakukan hubungan seks.

Maidah [6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: