Perbicaraan Dakwah

Maidah [116] Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

Sebahagian penganut Kristian menganggap Nabi Isa (Jesus) dan ibunya Mariam adalah tuhan selain dari Allah. Ada juga yang menganggap Nabi Isa itu anak tuhan dan ada yang menganggap tuhan menjelma dalam diri Nabi Isa. Raja Rom pada masa itu menganggap Nabi Isa adalah anak tuhan kerana lahir tanpa bapa. Ada juga yang berpendapat Mariam itu adalah isteri tuhan kerana beliau hamil tanpa suami. Sedangkan Nabi Adam yang tidak beribu dan berbapa tidak pula dianggap tuhan, begitu juga Siti Hawa yang dijadikan dari tulang rusuk Nabi Adam, tidak pula dianggap isteri tuhan

Dalam perbicaraan ini, Nabi Isa mengatakan bahawa beliau tidak berhak untuk berkata demikian (bahawa dia dan ibunya adalah tuhan). Katanya lagi, kalau beliau berkata demikian, sudah pasti Allah tahu kerana Allah tahu apa dalam jiwanya sedangkan beliau tidak tahu apa dalam zat Allah. Katanya lagi, Allah mengetahui segala yang ghaib iaitu tidak perkara yang ghaib disisi Allah, cuma ghaib disisi makhluknya sahaja.

Maidah [117] Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: “Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu“, dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

Di hari qiamat semua manusia akan disoal termasuk para nabi, rasul, malaikat. Bermula dari Malaikat Jibril. Allah tanya Jibril apakah dia telah menyampaikan apa yang disuruhnya. Kemudian apabila Jibril mengatakan ya, Allah tanya siapakah saksinya. Lalu jawab Jibril “Mikail”. Begitu juga nabi Adam, Idris, Nuh sehinggalah Nabi Isa.

Semuanya ditanya adakah sudah menyampaikan apa yang Allah suruh sampaikan. Dakwah itu kerja jalan Allah bukan dakyah(sepertimana dilakukan oleh penyampai agama lain). Nabi Nuh pengsan beberapa kali ketika berdakwah.1000 tahun berdakwah. Beliau menangis meratapi kedegilan umatnya kerana bimbang umatnya masuk neraka. Apabila Allah tanya siapa saksi Nabi Nuh, katanya umat Muhammad. Umat Muhammad yang membaca quran berkenaan kisah nabi Nuh.

Hud [25] Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu dia memberitahu kaumnya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu. [26] Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan.

Nuh [5] (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); [6] Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).[7] Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.

Semuanya dibicarakan bukan kerana Allah tidak tahu tapi sebagai pengajaran kepada manusia dalam masalah penghakiman.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: