Allah Tidak Rugi Jika Manusia Kufur

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:177)

Allah tidak rugi jika semua manusia memilih untuk menjadi kafir dan Allah juga tidak untung jika semua manusia memilih untuk beriman. Allah tidak terlibat dengan untung atau rugi, sebaliknya manusialah yang rugi jika tidak menyembah Allah swt. 

Mereka yang memilih untuk menjadi kafir atau hidup secara kafir akan rugi kerana mereka akan diseksa dengan azab yang dahsyat.

Kafir dimasukkan ke dalam neraka sebagai satu penghinaan, tetapi orang Islam yang masuk ke dalam neraka hanyalah sebagai satu pembersihan. Orang Islam yang dimasukkan ke dalam neraka itu umpama seseorang yang masuk ke dalam hospital, setelah sembuh dan pulih mereka akan dikeluarkan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya seorang hamba jika telah diletakkan di dalam kuburnya dan para sahabat telah pergi meninggalkannya, dia benar-benar mendengar bunyi terompah mereka. Lalu dua malaikat mendatanginya, keduanya (malaikat) mendudukkan orang tersebut lalu bertanya kepadanya, Apa yang ingin kamu katakan tentang orang ini (Nabi saw)? Adapun orang mukmin, maka dia menjawab, ‘Aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya’, lalu dikatakan kepada orang tersebut, Lihatlah tempat tinggalmu di neraka, Allah telah menggantikannya dengan tempat tinggal di syurga’. Lalu dia melihat kedua-duanya.…dan kuburnya di luaskan tujuh puluh hasta, yang dipenuhi oleh tumbuhan hijau sampai hari mereka dibangkitkan.“Adapun orang kafir dan munafik, maka dikatakan kepadanya, ‘Apa yang ingin kamu katakan tentang orang ini?’ Maka dia akan menjawab, ‘Aku tidak tahu dan aku hanya mengatakan seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang’. Lalu dikatakan kepadanya, ‘Engkau tidak tahu dan engkau tidak membaca (belajar)’. Kemudian dia dipukul dengan sekali pukulan di bahagian antara kedua telinganya, lalu dia menjerit dengan jeritan yang dapat didengar oleh makhluk lain selain jin dan manusia.…dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak). (Ali-Imran:178)

Dalam ayat yang lain, Allah swt berfirman:

Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam. (Al-Hijr:2) Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka). (Al-Hijr:3)

Allah swt telah membersihkan orang beriman melalui agama Islam yang diberikan kepada mereka.

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib itu). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. (Ali-Imran:179)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: