Jangan Banyak Ketawa

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati”. (Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi).

Ibnu Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul.

Rasulullah tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar. “Tawa Rasulullah SAW, hanyalah senyuman”(Riwayat Tirmidzi).

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh.

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW menyebut “Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak“.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat al-Bukhari).

Rasulullah SAW mengetahui kerana Baginda telah melihat dengan matanya sendiri keadaan Syurga dan Neraka semasa Mikraj.

Advertisements

6 Respons to “Jangan Banyak Ketawa”

  1. Tanpa Nama Says:

    assalamualaikum,tuan ustaz, saya minta izin untuk kongsikn hadis2 dan ilmu disini untuk kawan2 saya di fb,terima kasih

  2. Tanpa Nama Says:

    salam ustaz ada sahabat yg tanya soalan seperti ini “Kenapa manusia boleh mnangis kalau mengetahui yang rasulullah s.a.w tahu?” mohon pencerahan , terima kasih

    • sulaiman Says:

      Rasulullah s.a.w. telah melihat keadaan syurga dan neraka semasa peristiwa Mikraj dan Baginda juga selalu memikirkan masa depan akhiratnya sehingga tidak mampu untuk ketawa lagi.

  3. mohd kamarul ariffin Bin Ismail Says:

    assalamualaikum. .mohon copy paste..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: