Ujian Terakhir Meniti Sirat

Maryam [71] Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Maryam [72] Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam Neraka itu.

Kita semua akan melalui perjalanan meniti Sirat, titian yang diletakkan untuk menyeberangi lautan api Neraka, titian yang di kiri kanannya terdapat banyak pengait-pengait untuk mengait kaki sesiapa yang berhak dikait.

Titian itu lebih halus dari rambut, dikatakan ia adalah misai Malaikat Malik Zabaniyah (penjaga neraka). Malaikat sendiri ialah jisim halus, apalagi misainya. Jauh perjalanan meniti Titian ini ialah 3,000 tahun perjalanan. Namun ada juga yang menitinya sepantas kilat dan ada juga dalam masa beberapa minit. Diceritakan juga ada yang tidak sedar yang mereka telah meniti titian itu. Mereka bertanya sesama mereka bilakah mereka akan melalui titian itu. Sebenarnya mereka telah melalui satu kawasan yang terasa panas seolah-olah hendak demam dan itulah panas neraka di bawah titian

Daripada setiap 1000 manusia yang meniti Sirat di Hari Kiamat hanya 1 sahaja yang akan terus berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh ke bawah dari sirat dan akan tiba di dasar neraka setelah 70 tahun.Mereka yang cukup modal dan pelaburannya untuk ke neraka akan sampai ke sana.

Kata Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, maksudnya:Kami bersama-sama Rasulullah Saw, maka kami mendengar suara yang sangat hebat lagi dahsyat. Beliau bersabda: “Tahukah kamu sekalian suara apakah ini”.Kami menjawab: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui”.Beliau bersabda: “Ini adalah suara batu yang dilontarkan ke dalam neraka Jahannam sejak 70 tahun dan sekarang baru sampai ke dasarnya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: