Asal Masuk Syurga

Abu Bakar r.a. berkata, ”Jika sebelah kaki aku berada di dalam Syurga dan sebelah lagi di luar, maka aku masih lagi berasa tidak selamat. Jika kedua-duanya sudah berada di dalam Syurga, barulah aku boleh berkata Alhamdulillah.”

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “…Demi Allah, yang diri Muhammad berada ditanganNya (kekuasaannya), sesungguhnya seorang dari mereka kenal tempat kediamannya di dalam syurga lebih dari ia kenal rumahnya di dunia ini.

Ahli syurga tidak memerlukan malaikat untuk mengiringi mereka ke rumah atau mahligai kediaman mereka. Jika di dunia manusia mengetahui jalan untuk pulang ke rumah mereka walapun melalui jalan yang berlainan, di syurga mereka lebih mengenali rumah kediaman mereka. Jika di dunia, manusia diiringi pekerja hotel untuk dibawa ke bilik mereka, di syurga nanti mereka tidak memerlukan malaikat untuk membawa mereka.

Setiap hari ahli syurga menjadi semakin cantik, makananya baik, airnya bagus, dan suasana kehijauan kerana tiada pencemaran. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu kecantikan itu sampai ke tahap mana.

Hadis riwayat Muslim daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesungguhnya di syurga ada pasar yang dikunjungi penghuninya setiap Jumaat, lalu bertiuplah angin dari arah utara yang menerpa wajah dan pakaian mereka, sehingga mereka semakin tampan (cantik) itu, lalu keluarga mereka berkata: Demi Allah kamu semakin cantik. Mereka menjawab: Demi Allah kamu juga semakin bertambah cantik setelah kami tinggal pergi

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: