Jauhi Sifat Tamak dan Miskin Jiwa

Jauhi sifat tamak kerana sesungguhnya sifat tamak itu mendatangkan kemiskinan (jiwa) [Riwayat Thabrani]

Miskin jiwa menyebabkan seseorang itu merasa sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada. Orang miskin adalah mereka yang kedekut atau miskin jiwanya sepertimana orang-orang Yahudi.

Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). (Ali-Imran:112)

Baqarah [61]…..Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: “Apabila Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang hamba, maka dia menjadikannya kaya jiwa dan dalam hatinya ada takwa. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap seorang hamba, maka dia menjadikan kefakiran di hadapan matanya (Riwayat Hakim melalui Abu Hurairah)

Orang yang kaya sebenarnya ialah orang yang kaya jiwanya iaitu tidak bakhil atau kedekut. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.”

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.Yang dimaksudkan dengan kaya disini ialah kaya jiwa bukan kaya harta sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith.(Muslim)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: