Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan

Sifat malu itu tiada lain melainkan hanyalah mendatangkan kebaikan belaka (Riwayat Muslim)

Malu itu adalah salah satu daripada sunnah para nabi.  Bila malu terangkat dan hilang, iman pasti bergoyang. Rasulullah s.a.w. bersabda:-

Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula. (Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A).

Bila iman mula bergoyang manusia tidak malu lagi untuk melakukan kejahatan dan maksiat. Orang Islam lebih mempunyai sifat malu kerana mereka mempunyai iman. Agama Islam juga sesuai dengan orang yang bermaruah tinggi dan mempunyai sifat malu. Semakin malu, semakin tebal iman seseorang. Semakin tinggi iman, semakin tinggi maruah seseorang.

Islam mengharamkan umatnya daripada memakan babi kerana ia akan menyebabkan orang yang memakannya menjadi tidak bermaruah. Babi jantan hanya melihat sahaja jika pasangannya melakukan hubungan dengan babi lain. Tetapi binatang lain seperti kambing dan lembu pasti akan marah bila pasangannya dikacau. Tahap tidak malu yang maksimum ialah sifat dayus.

Sifat dayus bukan hanya sekadar dayus antara suami-isteri, tetapi juga dayus kepada agama, bangsa dan negara jika tidak mempertahankannya.

Rasulullah lebih pemalu daripada anak dara.

Hadis dari Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di dalam biliknya. Sesungguhnya jika baginda tidak suka kepada sesuatu (keadaan sedemikian) dapat aku lihat pada air mukanya (Sahih Muslim: 4284)

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: